Friday, July 10, 2009

PERTANYAAN LISAN

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEDUA-BELAS


PERTANYAAN LISAN


1. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Bank Negara Malaysia (BNM) membendung pengeluaran wang mesin simpanan (ATM) secara tidak sah menerusi kegiatan haram “Unit Kad Kredit Palsu”.

2. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Jabatan Imigresen Malaysia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dalam usaha membendung kemasukan pendatang tanpa izin secara berleluasa di negara ini.


3. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sejauh manakah tahap pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf jalan dari Kampung Relong, Lipis menghala ke sempadan Gua Musang, Kelantan.

4. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah doktor termasuk doktor pakar yang bertugas di hospital dan klinik kesihatan kerajaan pada tahun 2006, 2007, 2008 dan enam bulan pertama tahun 2009.

5. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana tahap penyelarasan dan tindakan terhadap pertikaian agama anak-anak apabila ibu atau bapa memeluk agama lain di antara Jabatan Agama Negeri dengan kerajaan Pusat.


6. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh mana cadangan kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan 100 peratus kepada peperiksaan bagi menentukan gred pelajar dalam peperiksaan awam.

7. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah dan peranan bagi memperluaskan konsep Rukun Tetangga bagi membanteras jenayah setempat.


8. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan tumpuan khusus kementerian yang memberi penekanan aspek pembangunan insan bagi memastikan penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam menikmati kemajuan negara selaras dengan konsep Satu Malaysia.


9. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah kerajaan bercadang merombak semula kegiatan ko-kurikulum di sekolah bagi membolehkan usaha melahirkan generasi muda berilmu, berkemahiran dan cergas .

10. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah projek mengikut kategori yang telah dilaksanakan di bawah dua Pakej Rangsangan Ekonomi yang bernilai RM67 bilion.

No comments: