Friday, July 10, 2009

PARLIMEN MALAYSIA KE-12

PARLIMEN MALAYSIA KE-12
PENGGAL PERTAMA 2008
MESYUARAT PERTAMA

PERTANYAAN LISAN


1. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan sejauh mana peranan Bernama TV iaitu selaku salah satu media rasmi kerajaan akan berubah berikutan ia akan diswastakan di bawah nama Bernama TV Synergy Sdn Bhd.

2. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana Malaysia telah membina landasan baru bagi memastikan ekonomi negara terus mampu bersaing dalam kepelbagaian cabaran yang mendatang.

3. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta Perdana Menteri menyatakan apakah persediaan negara dalam tempoh 50 tahun akan datang kerana Malaysia bakal disaingi oleh kuasa besar dan kuasa ekonomi baru dalam perdagangan terutama dari negara China dan India, serta Vietnam.

4. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah-langkah inovatif yang telah diambil oleh kerajaan sehingga membolehkan ekonomi negara berkembang sebanyak 6.3 peratus sepanjang tahun lalu dan adakah jangkaan tahun 2008 akan menjadi lebih baik lagi.


5. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta Perdana Menteri menyatakan kesan yang mungkin berlaku akibat pemansuhan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) di bawah kerajaan Pulau Pinang, baru-baru ini.

6. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan sejauh mana promosi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam usaha menarik minat pelajar asing ke negara ini.

7. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan:

a. Adakah keluasan tanah mencukupi bagi menampung keperluan penanaman pertanian di negara ini sekarang dan berapa peratus keluasan tanah yang sudah digunakan bagi penanaman pertanian.

b. Apakah kaedah bagi mendapatkan tanah-tanah baru terutama daripada kerajaan negeri.

8. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan sejauh mana skim pinjaman kecil dilaksanakan bagi mengatasi masalah kemiskinan terutama di kawasan luar bandar di negara ini dan adakah ia berkesan untuk mengatasi masalah tersebut.

9. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

a) Berapa nilai pampasan pekerja yang dibayar Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada tahun 2005, 2006, dan 2007.

b) Berapa jumlah kemalangan di tempat kerja yang direkodkan pada tahun 2005, 2006, dan 2007.

10. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sejauh mana semangat cintakan negara dalam kalangan golongan belia perlu disuburkan oleh pihak kementerian bagi melahirkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

No comments: