Friday, July 10, 2009

PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS

PARLIMEN MALAYSIA KE-12
PENGGAL PERTAMA 2008
MESYUARAT KEDUA

PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS



1. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasionalnya tindakan pemerintah Pakatan Rakyat mengharamkan program-program berkonsepkan Islam Hadhari.

2. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan keberkesanan pusat sehenti (one stop agency) dalam memantau pembangunan stesen minyak mengikut spesifikasi dan standard selaras dengan galakan kerajaan kepada gas NGV.

3. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa jumlah perjawatan yang kosong mengikut gred dan bahagian di setiap 28 kementerian.

4. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar Bumiputera yang belajar di Sekolah Rendah Jenis Cina dan Tamil mengikut daerah dan negeri.

5. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh mana kementerian memperkukuhkan jaringan yang mempertingkatkan keupayaan dan keperkasaan pengajian tinggi yang setanding dengan sistem pengajian tinggi terbaik di dunia.

No comments: