Tuesday, June 30, 2009

IKLAN

Temuduga Terbuka Pengambilan Pelajar IKBN Temerloh
Sesi 2/2009

Tarikh : 16hb Julai 2009 (Rabu)

Masa : 3.00-5.00ptg

Tempat : Pejabat Belia & Sukan Daerah Lipis

Umur : 18-30 thn

Untuk Pertanyaan : 09-3121322

Friday, June 26, 2009

Senamrobik sempena Karnival Lipis











Mesyuarat Pengakap SJK Tamil Kawasan Lipis









Untuk makluman semua bahawa YB Dato juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Pengakap Malaysia. Beliau telah menyampaikan buku mengenai aktiviti dan kaedah yang betul dalam berpengakap.
Turut hadir En R.Rajalingam Pesuruhjaya Pengakap Malaysia dan Pegawai JPNP Bahagian Sekolah Tamil.

Tuesday, June 23, 2009

Baikpulih Tanah Runtuh di Sg Kerpan

Inden kerja telah dikeluarkan. Kerja-kerja berkaitan akan dilakukan mulai hari ini. Terima Kasih atas peruntukan dari Jawatankuasa Bencana.

Sunday, June 21, 2009

YB Dato Dr Mohamad Shahrum di Facebook

Kini YB Dato Dr Mohamad Shahrum sudah mempunyai akaun di Facebook.


Dengan nama Yb Dato Shahrum Osman

Saturday, June 20, 2009

Parlimen Malaysia : Soalan YB Dato Dr Mohamad Shahrum bin Osman pada Penggal kedua mesyuarat kedua

Hari Isnin 15 Jun 2009 hingga Selasa 30 jun 2009

  1. minta menteri kesihatan menyatkan sejauh mankah tahap keselamatan negara berhubung wabak-wabak penyakit yg semakin menjadi2 seperti meningitis, demam denggi dan chikungunya.
  2. minta menteri perdagangan dlm negeri dan hep menyatakan sejauh manakah sambutan pada pembukaan stesyen petronas ngv berikutan harga petrol yg berpatutan pada pengguna sekarang.
  3. minta menteri kerjaraya menyatakan sejauh manakah tahap perlaksanaan kerja2 menaiktaraf jalan dari kg relong, lipis menghala ke sempadan gua musang kelantan.
  4. minta PM menyatakan langkah2 dan peranan bagi memperluaskan kosep rukun tetangga bagi membenteras jenayah setempat.
  5. minta menteri pelajaran menyatakan adakah kerajaan bercadang merombak semula kegiatan ko-kurikulum di sekolah bagi membolehkan usaha melehirkan generasi muda berilmu, berkemahiran dan cergas.
  6. minta menteri kewangan menyatakan jumlah projek mengikut kategori yg telah dilaksanakan dibawah du pekej rangsangan ekonomi yg bernilai 67 billion.
  7. minta menteri pelajaran menyatakan sejauh mana cadangan kerajaan utk mengurangkan kebergantungan 100 peratus kepada peperiksaan bagi menentukan gred pelajar dlm peperiksaan awam.
  8. minta menteri kemajuan luar bandar menyatakan tumpuan khusus kemeterian yg memberi penekanan kepada aspek pembangunan insan bagi memastikan penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam menikmati kemajuan selaras dengan konsep 1malaysia.
  9. minta menteri kesihatan menyatakn jumlah doktor pakar yg bertugas di hospital dan klinik kesihatan kerajaan pada thn 2006-2008 dan 6 buklan pertama 2009.
  10. minta PM menyatakan sejauh manakah tahap penyelarasan dan tindakan terhadap pertikaian agama anak2 apabila ibu atau bapa memeluk agama lain di antara jabatan agama negeri dengan kerajaan pusat.
  11. minta menteri dalam negeri menyatakan adakah jabatan imigresen bekerjasama dengan suruhanjaya pencegah rasuah malaysia dlm usaha membendung kemasukan pendatang tanpa izin secara berleluasa di negara ini.

Program Larian Dalam Taman Sungai Kerpan 3











Pemuda UMNO Penjom lancar blog

Tahniah kepada Pemuda Umno Penjom yang telah membina sebuah laman web. Semoga usaha ini diteruskan oleh pemuda umno cawangan lain.

Tahniah kepada saudara Nizam dan ahli jawatankuasa beliau.

http://pemudapenjom.blogspot.com/

sila klik link di atas.

Bantuan Baju Untuk Mesy Agung Pekida


Friday, June 12, 2009

Mesra Media

Program Penyampaian Pembiayaan Permulaan Pinjaman PTPN





PTPTN: RM35.5 juta disediakan


KUALA LIPIS 12 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan wang pendahuluan sebanyak RM35.5 juta kepada 23,178 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak mendapat pinjaman.
Pengerusinya, Datuk Dr. Mohamed Shahrom Osman berkata, pelajar lepasan SPM yang menerima tawaran belajar di institut pengajian tinggi (IPT) dan layak mendapat wang pendahuluan itu boleh mendapatkan bayaran tersebut mulai 16 Jun ini.
''Pelajar-pelajar boleh membuat semakan dan mendapatkan bayaran tunai menerusi semua cawangan Bank CIMB di seluruh negara.
''Gunakan wang pendahuluan ini sebaik mungkin untuk tujuan pembelajaran dan sara hidup semasa tinggal berjauhan dengan keluarga di kampus," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Penyerahan Wang Pendahuluan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di kawasan Parlimen Lipis, di sini kelmarin.
Menurut Mohamed Shahrom, hasil kajiannya sebelum ini mendapati segelintir pelajar sering menyalahgunakan wang pendahuluan tersebut termasuk pinjaman keseluruhan PTPTN.
''Selain motosikal, terdapat pelajar membeli telefon bimbit dan peralatan komunikasi yang canggih sehingga mencecah ribuan ringgit.
''Bukan tidak boleh beli, belilah peralatan keperluan yang penting untuk pengajian dan selebihnya wajar menabung persediaan waktu kecemasan," ujarnya.

Wednesday, June 10, 2009

Rumah warga emas dibaik pulih


KUALA LIPIS 9 Jun - Keperitan hidup seorang warga emas sedikit terubat apabila rumahnya yang usang dibaik pulih dalam program gotong-royong yang diadakan di Kampung Jeram Landak, dekat sini
Kerja-kerja gotong-royong membaik pulih rumah Majid Embor, 74, itu dilakukan dengan kerjasama 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD) Lipis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah Lipis, pejabat Ahli Parlimen Lipis dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jeram Landak.
Turut terlibat ialah Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamed Shahrom Osman.
Mohamed Shahrom berkata, sebanyak RM7,000 diperuntukkan untuk membeli peralatan binaan termasuk atap, simen dan papan.
''Setelah menerima laporan JKKK di sini, kita rasa terpanggil untuk membaik pulih rumah warga emas ini.
''Rumah usang ini perlu dibaik pulih segera kerana struktur binaannya seperti dinding, bumbung dan lantai rosak teruk dan mengancam keselamatan penghuni jika dibiarkan berterusan," katanya kepada Utusan Malaysia selepas program gotong-royong di Kampung Jeram Landak hari ini.
Hadir sama, Penghulu Mukim Cheka Dua, Hassan Mohamad, Ketua Kampung Jeram Landak, Isa Yusof dan Pegawai Pemerintah 8 RAMD Lipis, Leftenan Kolonel Azman Mohamad Yassin.
Menurut Mohamed Shahrom, pihaknya mengambil inisiatif membaik pulih rumah warga emas itu kerana proses permohonan mendapatkan rumah di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) mengambil masa yang agak lama sedangkan warga emas terbabit memerlukan segera kediaman yang selesa.
''Sebagai alternatif, kita mendapatkan sumbangan kewangan dan bantuan beberapa jabatan, agensi dan penduduk untuk bergotong-royong membina rumah warga emas ini," katanya.
Menurutnya, kerja-kerja menyiapkan rumah itu mengambil masa kira-kira seminggu.
Sementara itu, Majid yang juga seorang duda yang mempunyai seorang anak berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu membaik pulih rumahnya.

Tuesday, June 9, 2009

Rakyat Tetap dihati Beliau



Yang Berhormat Dato mengunjungi dan bertanya khabar di Kg Gua.

Mesy Sukan Mukim Gua




Dalam Mesyuarat ini telah diadukan kepada YB Dato tentang Masjid Kg Gua tidak kedengaran Khutbah pada Jumaat yang lepas. Amat malang sekali perkara ini telah berlaku. Mohon pemimpin setempat jangan lengahkan perkara yang penting seperti ini. YB Dato sangat kecewa dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku ini.

Seharusnya pemimpin setempat dengan pantas memberitahu kepada pemimpin atasan. Kerana pemimpin pasti akan membantu.

YB DATO TELAH MELULUSKAN DENGAN SEGERA PERUNTUKAN UNTUK PA SISTEM MASJID KG GUA. DAN AKAN DIPASANG PADA HARI INI SERTA MERTA.

Program Telekom Bersama Rakyat: Talian italk di Pagar Sasak




Sunday, June 7, 2009

Kem UPSR Daerah Lipis


Kem UPSR Daerah Lipis ini bermula dari hari ini. Ianya dilaksanakan di SMK Sri Lipis. YB Dato telah meluangkan masa untuk melihat sendiri proses pendaftaran para peserta. Beliau telah dimaklumkan bahawa program ini dibiayai oleh PPD dan YB Dato Soffi. Beliau juga sedia membantu andaikata program seperti ini diperkecilkan dan akan diadakan mengikut Dun pula.

Sembang petang rakyat di Felda Kecau 1


Santai dan rileks buat penduduk Felda Kechau 1. Sambil minum petang mereka dapat meluahkan permasalahan mereka kepada wakil mereka.

Antara masalah :

1. Penempatan Generasi Ke 2 Felda. Mohon agar diberikan tapak perumahan kepada Gnerasi ke2 di Kechau 9.

2. Pasukan Kompang memerlukan baju sebanyak 12 helai.

3. Anak tidak dapat biasiswa.

4. Belia2 mendapat pekerjaan di Plantation yang jauh sedangkan Plantation disini masih banyak kosong.

--------------------------------------------------------------

Penyelesaian YB Dato

1. Mohon Ketua Blok kumpul nama generasi ke 2 termasuk isteri dan anak. YB Dato Shahrum akan menghantar nama2 tersebut ke YB Dato Maslan untuk dipertimbangkan. Kerana YB Dato Maslan lah yang menjaga hal ehwal Felda.

2. Luluskan 15 Baju! Minta 12 kita bagi lebih...

3. YB Dato buat surat rayuan kepada pihak yang berkenaan.

4. YB Dato buat surat sokongan & rayuan serta menerangkan keadaan bahawa disini masih banyak jawatan di Plantation Felda Kechau 1.

Friday, June 5, 2009

Long Live The KING Of Malaysia




Facts about our King

• Born on Jan 22, 1962, in Kuala Terengganu.
• Received his early education in Sultan Sulaiman Primary School and Sultan Sulaiman Secondary School.
• Pursued higher education at the Geelong Grammar School in Australia.
• Spent a year at the Royal Military Academy in Sandhurst, England, and became an honorary lieutenant.
• Obtained his Bachelor of Arts in International Relations from the US International University Europe in London in 1988.
• Appointed Regent of Terengganu on Nov 6, 1979.
• Married Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah on March 28, 1996, and has four children.
• Became the 16th Sultan of Terengganu on May 15, 1998, following the death of his father Sultan Mahmud.
• Served as Deputy Yang di-Pertuan Agong on two previous occasions – from April 28, 1999, to Dec 12, 2001, to Sultan of Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; and from Dec 13, 2001, to Dec 12, 2006, to Raja of Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed. Putra Jamalullail.

Projek 3 Usahawan Muda (Projek Lada di Kg Dada Kering)









Kg Dada Kering, Parlimen Lipis- 3 orang usahawan muda dari Parlimen Lipis telah berjaya melaksanakan apa yang gagal dilaksanakan oleh semua pihak di Negara ini. Menanam pokok Lada dalam Polybag dan mendapat hasil yang lumayan. Teknologi baru hasil dari bantuan MARDI dan seorang Professor tempatan serta khidmat nasihat dari Pertanian Lipis.
Teknologi ini juga sesuai untuk tanaman tomato, rock melon, terung dan cili epal.

Projek ini dilaksankan oleh 3 orang usahawan muda iaitu adik Mohd Amri b Abu Bakar, Mohd Nur Farhan Faiz dan Hazizi b Mohd Hashim.
Para usahawan ini mengatakan bahawa mereka memilih untuk menanam dan megusahakan lada kerana pasarannya adalah besar, mempunyai permintaan tinggi dan boleh dijadikan sebagai 'end product' iaitu dibekalkan ke kilang. Kilang sos di Malaysia seperti Yeo Hiap Seng, Kimball, Aminah Hassan dan lain-lain.

1 pohon lada boleh menghasilkan 4 kilo lada dan harga 1 kilo lada adalah RM 4. Kos 1 kilo lada untuk dihasilakan cuma 43 sen sahaja.
-------------------------------------------------------

YB Dato Dr Shahrum menyokong sebarang usaha yang akan membawa kemajuan dan peningkatan aktiviti ekonomi serta pertanian di Parlimen Lipis. Beliau akan membuat surat sokongan agar Pejabat Pertanian akan memberikan ruang yang lebih kepada usahawan yang telah berjaya ini terus maju lagi.
Malah, sebelum pulang beliau sempat memberi nasihat dan peruntukan agar mereka lebih bersemangat.

--------------------------------------------------------

UMNO PEMBELA RAKYAT

BARISAN NASIONAL PRIHATIN

Wednesday, June 3, 2009

Lawatan Kerja Ahli Parlimen Lipis di Pekan Sehari Lipis











Ramah, mesra dan mudah didekati oleh semua golongan masyarakat, itulah sifat semulajadi YB Dato Dr.Mohamad Shahrum bin Osman.

--------------------------------------------------------------
Dalam lawatan kerja ini didapati Pasar Lama (Barangan Mentah : Ikan & Ayam) tiada tandas disediakan untuk kegunaan para peniaga.

Walaupun tapak ini merupakan tapak yang bakal dibangunkan untuk membina sebuah Hotel. Dan para peniaga berniaga di tapak sementara seharusnya pihak MDL menyediakan tandas. Mungkin tandas mudah alih sudah mencukupi.

Mesyuarat Pemuda Umno Caw K.Lanar







Dalam Keluarga UMNO kita mementingkan rakyat. Rakyat dan Umno adalah satu keluarga. Walau hanya Mesyuarat Pemuda Cawangan tetapi seluruh penduduk kampung telah hadir dan memeriahkan suasana pada malam tersebut. Barisan Nasional mendahulukan rakyat.