Friday, October 30, 2009

Majlis Graduasi SMK Seri Lipis
















Tarikh 31.10.09
Ahad
Bermula jam 8.20 pagi


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah lipis Samsiah bt Hj Suradin, Pengetua SMK SEri Lipis Hjh Ainen bt Abd Rahman dan YDP PIBG SMK Seri Lipis Daud b Dollah.

Dalam Ucapa Dato :

Tahniah diucapkan kepada warga SMK Seri Lipis yang telah berjaya melaksanakan Majlis Graduasi Kali ketiga pada Thaun 2009 ini dengan jayanya.

Objektif utama majlis graduasi adalah untuk memberikan pengiktirafan terhadap kejayaan para pelajar yang berjaya dalam bidang akademik.

Tetapi dimasa yang akan datang pelajar bukan sahaja akan dinilai dari segi akademik tetapi juga dalam siasah, akhlak dan kokurikulum. Dan berharap semua akan bersedia untuk ke arah itu.

Dalam bajet 2010 jumlah yang telah dibentangkan oleh PM baru2 ini. Jumlah yang begitu besar telah diperuntukkan untuk para pelajar samada di sekolah atau pengajian tinggi malahan di pusat teknikal. Ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan BN terhadap rakyat. Kerajaan BN akan terus membela rakyat dan akan mendengar keperluan dan kehendak rakyat.

Tahniah sekali lagi kepada semu pihak yg telah berusaha dengan gigih untuk menjayakan majlis graduasi pada hari ini.

1 comment:

Anonymous said...

Wah... Bangga Sunnguh Para Pelajar Zaman Sekarang Ni. Tak Macam Zamman Saye Dedulu...