Sunday, November 8, 2009

Melawat Rumah Terbakar di Kg Tg Buluh, Kerambit



Mangsa Rozali bin Harun. Berbaju Merah belang.

Kejadian tersebut berlaku pada waktu beliau tiada dirumah.

Kebakaran berlaku diwaktu pagi. Apabila pulang beliau telah melihat rumahnya marak dijilat api. Walaupun masa itu hujan rumah beliau terus mara dijilat api. Jiran sebelah juga tidak sedar dengan kebakaran itu kerana masih tidur nyenyak.

Pihak Bomba telah berjaya menggagalkan api dari merebak ke rumah sebelah.

Beliau cuba untuk menyelamtkan kereta tetapi gagal. Akibat kebakaran itu mangsa telah kehilangan kereta yang baru sahaja dibeli hanya 16 hari.

Mujur tiada kemlangan jiwa. Punca kebakaran masih disiasat oleh pihak bomba dan kerugian dianggar sehingga 80 ribu ringgit.

Pada Lawatan ini YB Dato telah menyampaikan bantuan baju, dapur, barang keperluan dapur dan sedikit wang tunai untuk meringankan beban mangsa.

No comments: