PARLIMEN MALAYSIA KE-12
PENGGAL PERTAMA 2008
MESYUARAT PERTAMA
PERTANYAAN BERTULIS
1. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan sejauh mana projek angropolitan memainkan peranan penting sebagai pemangkin pembangunan perniagaan berasaskan pertanian di wilayah sekitarnya.
2. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah sekolah yang menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid yang menghdapi masalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan.
3. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapa ramai pencari kerja yang mendaftar menerusi Bursa Buruh Elektronik (ELX) sejak dilancarkan pada 1 Januari 2004 dan apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh aplikasi ini.
4. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah bilangan guru mencukupi dalam mengimbangi dan memajukan pendidikan luar bandar berdasarkan peruntukan tambahan RM2.6 bilion bagi pembangunan pendidikan luar bandar.
5. Dato’ Dr Mohamad Shahrum Bin Osman [Lipis] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah program pendidikan teknikal dan vokasional (PTV) bertaraf kelas kedua di sekolah pada pandangan ibubapa dan apakah usaha untuk mengubah pandangan tersebut.
No comments:
Post a Comment