Friday, December 24, 2010

Pertandingan Bolasepak di Mela


Kursus Taranum di Kg Redan


Gotong royong membina rumah


Wednesday, October 27, 2010

Makluman Kerja Luar Negara

YB Dato Shahrum bin Osman ke Korea untuk mengikuti THE 6TH WORLD SCOUT PARLIMENTARY UNION GENERAL DI SEOUL dari 1-4/11

AMARAN

PERHATIAN: Borang rumah Mesra Rakyat tidak dikenakan bayaran. Tiada bayaran untuk proses borang. Tiada bayaran untuk kelulusan. Tiada bayaran permulaan untuk kerja pembinaan. Jika ada individu yang mengaku sebagai kakitangan SPNB atau kakitangan Pejabat Wakil Rakyat yang meminta bayaran.

Sila laporkan kepada pihak Polis dengan segera.

Monday, October 18, 2010

Perhimpunan Agung UMNO 2010

Selamat bersidang kepada perwakilan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dari seluruh Tanahair.

Tuesday, October 12, 2010

Info futsal

Pertandingan Futsal 1Malaysia Parlimen Lipis.

Kategori Lelaki dan Wanita. 16 dan 17 Oktober.

Di Gelanggang Penjom.

Borang Penyertaan boleh didapati di Pejabat Parlimen Lipis, Pejabat Belia dan Kedai Amran. Yuran Percuma (duit komitmen rm50 akan dipulangkan pada hari pertandingan).

Hubungi Pejabat Belia untuk keterangan lanjut.

Hadiah lumayan.

Monday, October 11, 2010

Futsal Parlimen Lipis

Pertandingan Futsal 1Malaysia Parlimen Lipis.

16 dan 17hb 10. Di Gelangang Penjom.

Kategori Lelaki dan Wanita.
Umur 15 dan ke atas.

Borang Penyertaan boleh didapati di Pejabat Parlimen dan Pejabat Belia Lipis.

Wednesday, September 22, 2010

Rumah Tebuka MP Lipis

Tarikh Baru Rumah Terbuka Ahli Parlimen Lipis.

Tarikh : 1hb Oktober 2010.

Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang

Tempat : Dewan Residen

Tuesday, September 21, 2010

RUMAH TERBUKA SK KERAMBIT DAN JKKK

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI ANJURAN BERSAMA SK KERAMBIT, PIBG SK KERAMBIT, JKKK KG KERAMBIT, JKKK KG LENTANG, JKKK KG TG BULUH, JKKK KG RELAI, JKKK KG PUTU.

30/09/2010.

JAM 11.30PAGI-2.30 PTG.

DI SK KERAMBIT.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

SPONSORED BY YB DATO SHAHRUM & YB FONG

Friday, September 17, 2010

Thursday, September 16, 2010

Rumah Terbuka MP Lipis di Kg Mela


Jumaat 17.09.10 (Jadual YB Dato Shahrum)

Perjumpaan dengan Belia Kg Ulu Teris

Masa : 5 petang

Tempat : Kg Ulu Teris

Friday, August 13, 2010

Carta Oranisasi Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Lipis

YB Dato Dr Mohamad Shahrum bin Osman
AHLI PARLIMEN LIPIS


En Yusri bin Osman
PEGAWAI KHAS


Cikgu Zaharuddin bin Dato Abdullah
SETIAUSAHA


Mohd Hamidi bin Adnan
KERANI

Noriha binti Samat
KERANI

Tuesday, August 10, 2010

PUASA MENURUT SYARAK

Menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh.Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

NIAT DAN LAFAZ NIAT DI BULAN PUASATidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam Bahasa Melayu, Allah itu sifatnya Maha Mengetahui. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى( Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala )

Lafaz lengkap:نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى( Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala )Lafaz setiap malam.

Niat ringkas:نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى( Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala )BILA

MASA PERLU KITA BERNIAT PUASA
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Sebenarnya kita dibolehkan berniat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

BILA MASA PUASA DIHARAMKAN1. Hari Syak pada hari 30 Syaaban2. Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal3. Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah4. Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah5. Perempuan dalam keadaan haid & Nifas6. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya7. Orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa8. Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWTSEDIKIT SEBANYAK

MENGENAI PUASA YANG WAJIB DI KETAHUI
Syarat wajib puasa Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
1. Berakal/waras
2. Baligh (cukup umur)
3. Mampu/tidak uzur.Syarat sah puasa Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:1. Orang Islam2. Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
3. Suci daripada haid dan nifas
4. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa Rukun puasa ada dua, iaitu:
1. Berniat pada malam harinya
2. Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasaPerkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
1. Makan sahur serta melambatkannya
2. Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
3. Menjamu orang-orang berbuka puasa
4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara yang membatalkan puasa
1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
4. Keluar darah haid atau nifas
5. Gila (hilang akal)
6. Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
7. Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
8. Murtad (keluar dari Islam)
9. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Tingkatan PuasaImam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
3. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan.Kerugian bagi yang meninggalkan puasa RamadhanPahala puasa di bulan Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya.Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

HIKMAH BULAN PUASA DI BULAN RAMADHAN
1. Tanda bersyukur kepada Allah Taala atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga.
2. Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah Taala.
3. Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
4. Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
5. Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.FADHILAT PUASA DI BULAN RAMADHANPuasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala menunaikan ibadah ini cukup dan teramat besar nilainya.

Ceramah Israk Mikraj di Kg Tualang Padang


Majlis Hari keluarga Masjid dan KAFA Kg.Sama


Karnival Kg.Budu dan Program Anak Angkat UITM


Monday, August 9, 2010

Ramadhan Al Mubarak

Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam dalam Parlimen Lipis dan rakyat Malaysia amnya.

Semoga puasa tahun ini akan ditunaikan dengan lebih sempurna.

Sunday, August 1, 2010

Peluang Kerja

Berikut adalah jawatan kosong kerajaan terkini:1. Jawatan Kosong di Universiti Malaya(UM)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-universiti-malayaum-22. Jawatan Kosong di Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-syarikat-bekalan-air-selangor-syabas3. Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggihttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-majlis-daerah-kota-tinggi4. Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia(UPM)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-universiti-putra-malaysiaupm5. Jawatan Kosong Universiti Malaysia Sabah (UMS)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-universiti-malaysia-sabah-ums6. Jawatan Kosong di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-universiti-islam-antarabangsa-malaysia-uiam7. Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-tenaga-nasional-berhad-tnb-28. Jawatan Kosong di Jabatan Landskap Negeri Johorhttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-jabatan-landskap-negeri-johor9. Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantanhttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-majlis-agama-islam-dan-adat-istiadat-melayu-kelantan10. Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Kuantanhttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-lembaga-pelabuhan-kuantan11. Jawatan Kosong di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-perpustakaan-negara-malaysia-pnm12. Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Perakhttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-kerajaan-negeri-perak13. Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-universiti-kebangsaan-malaysia-ukm14. Jawatan Kosong di Institut Jantung Negarahttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-institut-jantung-negara-215. Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhadhttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-keretapi-tanah-melayu-berhad-2

Thursday, July 22, 2010

Peluang Kerja Terkini

Berikut adalah jawatan kosong kerajaan terkini:1. Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tangkakhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HnFm&mc=f&s=Gn3Ef&y=Y&2. Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HnFP&mc=f&s=Gn3Ef&y=u&3. Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad ( TNB )http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HnFf&mc=f&s=Gn3Ef&y=x&4. Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tapahhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=Hao6&mc=f&s=Gn3Ef&y=y&5. Jawatan Kosong di Institut Sukan Negarahttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HaLE&mc=f&s=Gn3Ef&y=Q&6. Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Sabahhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HaLB&mc=f&s=Gn3Ef&y=M&7.Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Bintuluhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HaLS&mc=f&s=Gn3Ef&y=t&Jawatan kosong swasta:1. Jawatan Kosong di Maybankhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HnF8&mc=f&s=Gn3Ef&y=T&2. Jawatan Kosong di Jawatan Kosong Kolej Yayasan Melakahttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HnFj&mc=f&s=Gn3Ef&y=c&

Sunday, July 18, 2010

Peluang Kerja

1.Jawatan Kosong di Agro Bankhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HHbj&mc=f&s=Gn3Ef&y=c&2.Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Dungunhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HmHB&mc=f&s=Gn3Ef&y=M&3.Jawatan Kosong di Institut Pembangunan Pengurusan Johorhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HmHS&mc=f&s=Gn3Ef&y=t&4.Jawatan Kosong Yang Ditawarkan Di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)1. Pembantu Teknik Gred Jawatan : J292. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred Jawatan : E17Untuk maklumat lanjut,sila layari:http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=Hm3S&mc=f&s=Gn3Ef&y=t&5.Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Seberang Peraihttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HfK0&mc=f&s=Gn3Ef&y=Z&6.Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Seberang Peraihttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HfK0&mc=f&s=Gn3Ef&y=Z&7.Jawatan Kosong di Kolej Kemahiran Tinggi MARAhttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-kolej-kemahiran-tinggi-mara8.Jawatan Kosong di MATRADEhttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-matrade9. Jawatan Kosong di Perbadanan Putrajayahttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-perbadanan-putrajaya10.(SWASTA)Jawatan Kosong Kolej Kejururawatan Pusrawihttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-kolej-kejururawatan-pusrawi11.(SWASTA)Jawatan Kosong Kolej Kejururawatan Pusrawihttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-kolej-kejururawatan-pusrawi12.Jawatan Kosong di Maybank,CIMB,EON,Public bank dan SHELLhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HuFu&mc=f&s=Gn3Ef&y=3&13.Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Sarawakhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HuFY&mc=f&s=Gn3Ef&y=b&14.Jawatan Kosong di IPPT Universiti Sains Malaysiahttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HuTE&mc=f&s=Gn3Ef&y=Q&15.Jawatan Kosong di Berita Nasional Malaysia(BERNAMA)http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HxU4&mc=f&s=Gn3Ef&y=G&

16.Jawatan Kosong Percetakan Nasional Malaysia Berhad(PNMB)http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HxUa&mc=f&s=Gn3Ef&y=z&17.Jawatan Kosong di MARDIhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HxUD&mc=f&s=Gn3Ef&y=h&18.Jawatan Kosong di Universiti Malaya(UM)http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HxUn&mc=f&s=Gn3Ef&y=S&19.Jawatan Kosong Kolej Universiti INSANIAH (KUIN)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-kolej-universiti-insaniah-kuin20.Jawatan Kosong di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayahhttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-kementerian-kemajuan-luar-bandar-dan-wilayah21.Karnival Pekerjaan Julai 2010http://jawatankosongkerajaan.my/karnival-pekerjaan-julai-201022.(SWASTA)Jawatan Kosong di Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-kolej-islam-sains-teknologi-kist23.Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-lembaga-kemajuan-bintulu-bda24.Jawatan Kosong di FELDAhttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-felda25.Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Teluk Intan(MPTI)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-majlis-perbandaran-teluk-intan-mpti26.Jawatan kosong di Majlis Daerah Kota Tinggi(MDKT)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-majlis-daerah-kota-tinggimdkt27.Jawatan Kosong di Pusat Pungutan Zakat(PPZ MAIWP)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-pusat-pungutan-zakatppz-maiwp28.Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysiahttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-lembaga-getah-malaysia29.Jawatan Kosong di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam(PPSPPA)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-perbadanan-pengurusan-sisa-pepejal-dan-pembersihan-awam30.Jawatan Kosong Di Institut Integriti Malaysia(IIM)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-institut-integriti-malaysiaiim31.Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Terengganu(UMT)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-universiti-malaysia-terengganu

Tuesday, July 13, 2010

Demam Piala Dunia


Latihan Kemahiran bagi Belia India 2010 - JPM/YSS

Borang Permohonan - http://www.themindassociation.org/Application_LKBI2010.docTajaan - Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana MenteriKelayakan Minimum:-Lepasan SPM... See more-Berumur diantara 17 hingga 25 tahun.Kursus-kursus yang ditawarkan-Mekanik Kenderaan Motor-Sistem Pentadbir Maklumat-Jahitan-Mengetuk & Mengecat Kereta-Komputer Multimedia-Solekan-Juruteknik Elektronik-Jurugegas (‘Oil & Gas’)-Catering & Hospitality’-Juruteknik Elektrik RendahKemudahan-Yuran adalah percuma-Tempat tinggal dan makanan disediakan-Aktiviti karektor (Motivasi, Keusahawanan, Bimbingan dsb) dijalankan.Maklumat lanjut, sila hubungi:Kedah & Penang- Munis - 016-4580750Perak - James Raj - 017-5518891Selangor, KL & Pahang - Pejabat YSS - 03-40415958Negeri Sembilan, Melaka & Johor - Gunah - 012-2591632

Futsal Anjuran Kemas


Santai Bersama Belia Daerah Lipis @ Daftar sebagai pengundi


Bersama belia Seberang Jelai


Wednesday, July 7, 2010

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN LIPIS

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN LIPIS

Tarikh : 11 Julai 2010 (Ahad)
28 Rejab 1431

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Dewan Dato’ Haji Omar Othman
Aras 2, Wisma UMNO Bahagian Lipis

Perasmi : YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi


" SELAMAT BERSIDANG SEMUA PERWAKILAN "

Tuesday, July 6, 2010

Jawatan Kosong

Berikut disenaraikan jawatan kosong
terkini di sektor kerajaan:

1. Jawatan Kosong di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-universiti-tun-hussein-onn-malaysia

2. Jawatan Kosong di UiTM Kelantan
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-uitm-kelantan

Dan juga jawatan kosong di syarikat
separa kerajaan dan juga swasta:

1. Jawatan Kosong di Bank Rakyat
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-bank-rakyat

2. Jawatan Kosong di Pos Malaysia Berhad
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-pos-malaysia-berhad

3. Jawatan Kosong di PETRONAS
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-petronas

4. Jawatan Kosong di Proton Edar Sdn Bhd
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-proton-edar-sdn-bhd

5. Jawatan Kosong di Institut Jantung Negara
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-institut-jantung-negara

6. Jawatan Kosong di CIMB
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-cimb

7. Jawatan Kosong di DiGi Telecommunications
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-digi-telecommunications

8. Jawatan Kosong di Sime Darby
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-sime-darby

9. Jawatan Kosong di FELDA Holdings
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-felda-holdings

Sebarkan kepada rakan-rakan anda dan saudara mara
berkenaan maklumat ini.Terima Kasih.

Sunday, July 4, 2010

Jangan porak-perandakan moral kerana gila kuasa

POLITIK, parti politik dan berpolitik serta berparti politik memerlukan kecerdikan dan tahap profesionalisme berskala besar, memerlukan lebih ramai penyokong daripada penentang supaya mendapat lebih majoriti dalam pilihan raya.

Hati dan perasaan semua pihak yang bertanggungjawab kepada pemberian mandat perlu dijaga dan dibelai seperti menatang minyak yang penuh. Membuat musuh dengan mereka bermakna menempah kecelakaan.

Pakatan pembangkang boleh menyerang, memperlekeh, membuat tohmahan, memberi persepsi buruk, memfitnah atau menidakkan kejayaan Barisan Nasional (BN) yang terus menerima mandat membentuk kerajaan yang sah.

Tetapi memfitnah agensi kerajaan, termasuk dengan melemparkan dakwaan palsu terhadap Felda yang dikatakan bankrap adalah satu tatacara berpolitik yang sangat tidak bijak, amat tidak profesional dan tidak bermoral.

Tindakan itu bukan sahaja akan melukakan hati para pegawai Felda tetapi ia merupakan satu penghinaan kepada golongan peneroka dan institusi yang banyak membangunkan masyarakat Melayu. Hakikatnya, nasib para peneroka Felda kini jauh lebih baik dari semasa mereka belum menjadi peneroka.

Berpolitiklah secara yang sepatutnya, jangan kerana gilakan kuasa dan kerusi perdana menteri dan kerusi menteri, maka apa yang diharamkan oleh Islam yakni memfitnah pun sanggup dijadikan senjata dalam perlumbaan meraih mandat.

Rakyat bukannya bodoh. Persepsi majoriti rakyat tidak mungkin seragam dengan persepsi pembangkang atau apa yang diharap rakyat terhadap persepsi kerajaan. Mengecam kerajaan dan mengajak rakyat membenci kerajaan sepanjang masa adalah tindakan yang tidak bermoral.

Masa untuk berhujah dan menarik sokongan rakyat selaku pemberi mandat adalah semasa pilihan raya. Selepas pilihan raya dan rakyat telah memilih parti untuk diberi mandat, maka keputusan rakyat mesti diterima dan dihormati.

Kalau masih dipertikaikan bermakna keputusan rakyatlah yang dipertikaikan, bukannya kerajaan yang telah dilanjutkan pemberian mandat, yakni amanah dan tanggungjawab untuk menjadi kerajaan.

Sementara menunggu tibanya pilihan raya akan datang, ia patut diisi dengan muhasabah dan kaji selidik kenapa pakatan pembangkang masih ditolak oleh rakyat dan kerajaan yang ada masih terus diberi mandat.

Baiki segala kelemahan supaya pada pilihan raya akan datang, rakyat akan melihat pembangkang ‘lebih baik’ dan ‘lebih berkemampuan’ untuk diberi mandat membentuk kerajaan bagi menggantikan kerajaan yang sedia ada, barulah nampak bestari dan profesional dalam berpolitik.

Kalau asyik mencerca kerajaan sebagai penerima mandat rakyat, lambat laun akan timbul rasa meluat di kalangan rakyat. Bila rakyat meluat, maka harapan untuk diberi mandat membentuk kerajaan akan tersekat.

Rakyat akan membuat penilaian tentang kualiti kerajaan memerintah. Keupayaan terus bertahan dalam keadaan sentiasa dikecam, diburukkan, diperlekeh, ditohmah, difitnah, diganggu dengan demonstrasi dan sebagainya tetapi masih mampu bertahan akan dilihat ada sesuatu yang luar biasa milik pimpinan kerajaan yang ada sekarang.

Sekali gus rakyat akan bertanya kepada diri sendiri iaitu dalam segelintir mereka mempertikaikan jasa dan bakti kerajaan yang memerintah lebih 50 tahun, apa pula jasa, bakti dan sumbangan pembangkang kepada negara selama tempoh yang sama, selain daripada mengisi masa setiap saat dengan memburukkan kerajaan.

Hakikat dan natijahnya menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang. Rakyat sedang membuat penilaian apakah negeri-negeri yang diperintah pembangkang lebih baik daripada negeri-negeri yang diperintah oleh BN.

Kalau kerajaan pembangkang di negeri-negeri yang diperintah gagal dilebih-baikkan daripada negeri-negeri yang diperintah oleh BN, maka hasrat pakatan pembangkang untuk memerintah Malaysia tidak ubah seperti angan-angan katak puru.

Kononnya katak puru berkata, ‘badan berkerutu akan bertukar menjadi licin selepas bunyi guruh.’ Tetapi entah sudah berapa juta kali guruh berdentum, katak puru tetap kekal dalam keadaan asalnya, mimpi untuk menjadi licin lebih bersifat mimpi yang tidak mungkin menjadi realiti.

Dalam berpolitik, kena elakkan daripada berangan-angan macam katak puru atau sang pungguk yang mabuk air sejuk pada puteri bulan, sebaliknya orang politik kena pastikan diri sentiasa berada dalam realiti untuk mengelak daripada ‘perasan’ dijulang dan disayangi, walhal dibenci kerana sikap sendiri.

Tiada lagi kampung Melayu di Pulau Pinang?


Tiada lagi kampung Melayu di Pulau Pinang?

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my



SEBUAH rumah di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong, Pulau Pinang. Apakah nasib rumah ini kelak selepas tarikh 13 Oktober ini.





TATKALA penghuni Pulau Mutiara lain sedang enak diulit mimpi, Mohd. Khir Mohd. Said, 44, sibuk bersiap-siap untuk turun ke laut mencari sesuap nasi.

Tangkapan hasil laut itulah yang menyara hidup keluarganya seramai tujuh orang sejak lebih 30 tahun lalu.

Namun kini, dia tidak pasti apakah rutin hariannya itu mampu dilakukan lagi pada masa depan berikutan rumahnya bakal dirampas oleh pemaju yang mahu mendirikan kediaman mewah di situ.

Begitulah nasib Mohd. Khir dan kira-kira 50 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam di Jelutong, Pulau Pinang.

Mereka merupakan sebahagian daripada 200 penduduk asal perkampungan itu yang diusir oleh pemaju, Rabu lalu.

Operasi pengusiran penduduk yang majoritinya nelayan sepatutnya dijalankan pada hari itu yang mana sebuah jentolak dibawa untuk kerja-kerja merobohkan rumah.

Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk dengan pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam, tempoh pengosongan ditangguhkan selama tiga bulan hingga 13 Oktober depan.

Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat berkos lebih RM800,000 seunit oleh pemaju terbabit dari Kuala Lumpur.

Apa yang pasti penduduk kini berada dalam dilema. Sudahlah rumah mahu dirampas, tempat mencari rezeki juga tidak pasti di mana selepas ini.

Ini kerana, pampasan sebanyak RM75,000 yang mahu diberikan pemaju tidak setimpal dengan harga pasaran rumah di sekitar kawasan berkenaan.

"Kami bukannya kemaruk wang ringgit, dan kami pun bukannya mahukan duit yang pemaju ingin beri, tetapi kami mahu rumah di kawasan ini sebagai ganti.

"Dengan wang RM75,000, rumah apakah yang boleh kami beli di sini? Rumah yang sedia ada semuanya berharga RM100,000 ke atas, kami tidak mampu.

"Dan kalau kami berpindah ke tempat lain, dapatkah kami menjadi nelayan semula?," katanya yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jalan Pokok Asam.

Hendak mengadu kepada siapa lagi, dia tidak tahu. Pernah dia ajukan keluh kesah penduduk kampung kepada wakil rakyat di situ, namun Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi seolah-olah tidak 'berminat' untuk membantu. "Dulu masa pilihan raya, macam-macam janji manis ditabur kepada kami.

"Mereka kata, apa-apa masalah boleh mereka selesaikan. "Namun, hari ini apabila penduduk kampung ditimpa kesusahan, mereka lepas tangan, pemimpin apa namanya ini?" ujarnya kesal.

Sikap kerajaan negeri pun sama juga. Bukan tidak pernah dia dan penduduk kampung cuba membuat temu janji dengan pemimpin terbabit bagi mengadu mengenai masalah itu, namun nasib yang menimpa mereka seolah-olah tidak dipedulikan.

"Kami pernah buat temu janji dengan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, tetapi bila tiba tarikh yang telah ditetapkan, mereka bagi alasan sibuk bermesyuarat," jelasnya.

Dalam keadaan sekarang, kepada siapa lagi boleh diharapkan simpati serta bantuan, dia sendiri tidak pasti. Sepatutnya kerajaan negeri boleh campur tangan, seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk kampung tersebut.

Menurut Mohd. Khir, sebagai kerajaan yang memerintah Pulau Pinang, pada bila-bila masa mereka boleh memberhentikan projek tersebut.

Justeru, katanya, selagi mahkamah belum memutuskan siapa yang berhak ke atas kampung itu, dia dan penduduk kampung bertekad untuk mempertahankan hak mereka dalam apa keadaan sekali pun.

Sudah terang lagi bersuluh, jika demikian sikap kerajaan negeri dan wakil rakyat, tidak hairan sekiranya pada suatu hari nanti, perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar George Town lenyap begitu sahaja.

2,000 peminjam PTPTN cemerlang

2,000 peminjam PTPTN cemerlang

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


KUANTAN 4 Julai - Kira-kira 2,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) layak menukar status pinjaman mereka kepada biasiswa kerana lulus dengan kepujian kelas pertama.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, berdasarkan maklumat daripada PTPTN, pertukaran status terhadap pelajar terbabit melibatkan peruntukan sebanyak RM73 juta.

''Bagaimanapun, setakat 24 Jun lalu, PTPTN hanya mendapat statistik daripada 18 IPT awam dan swasta yang melibatkan 1,200 pelajar dengan peruntukan kira-kira RM26 juta.

''Oleh itu, pihak IPT harus segera mengemukakan statistik pelajar yang layak menukarkan pinjaman mereka kepada biasiswa bagi membantu PTPTN membuat persediaan yang sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan minggu induksi siswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) 2010 di Gambang, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin.

Dalam pembentangan bajet 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan supaya pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama atau setaraf mulai tahun ini.

Menurut Mohamed Khaled, PTPTN mula melaksanakan dasar tersebut dengan menukarkan pinjaman kepada biasiswa mulai 1 Julai lalu.

''Justeru, pelajar yang menamatkan pengajian pada 1 Januari lalu dan memperoleh kepujian kelas pertama serta memenuhi beberapa syarat seperti mengikuti pengajian sepenuh masa disaran mempertimbangkan pertukaran tersebut," jelasnya.

Monday, June 28, 2010

Promote small towns to tourists

THE 10th Malaysia Plan unveiled by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is geared at propelling Malaysia to the top 10 of global tourism in 2015. Undoubtedly, sheer hard work is required to attain this ranking.
The Tourism Minister has identified countries such as Russia, China, India and those in the Middle East as potential targets in attracting more tourists.
Besides these, emerging economic giants like Brazil and the Scandinavian countries could also be potential targets. The right message has to be conveyed to achieve the desired number, not the mundane stuff.
One of the measures is to ensure that Kuala Lumpur, George Town, Johor Baru, Kuching and Kota Kinabalu would be made more attractive and livable with parks, public squares, walkways and waterfronts to attract tourists.
Smaller towns should also be promoted for their attractions, particularly in eco-tourism. One such town I can think of is Raub.
Somehow, the smaller towns continue to appeal to me. I guess after the hustle and bustle of Kuala Lumpur and its mind-boggling traffic jams, I yearn for the peace and tranquility of a hamlet that still harks back to the old days. One such town is Kuala Lipis, which in many ways remains unspoilt by modernity.
Kuala Lipis was the capital of Pahang for 57 years, from 1898 until Aug 27, 1955 when Kuantan was picked as the new capital.
Oblivious to many is the richness of the town’s history and its attractions, which include the 14 heritage buildings, among them the administrative buildings, Clifford Secondary School and the post office.
Kuala Lipis was at one time also famous for the “rumah rakit” or raft houses, built on the river by people living adjacent to the banks. Each house had a bedroom, a living room and kitchen. However, such houses are no longer a feature nowadays.
Notwithstanding its old-fashioned appeal, Kuala Lipis has many congenial activities for any visitor. The town presents a comforting atmosphere for rest and recreation. In its midst is an unpolluted and clean recreational lake, Empang Jaleh, not too far away from the town centre.
This place is popularly known for picnics and excursions for both tourists and locals. It is a hive of activity, especially during weekends and school holidays.
Perhaps, Kuala Lipis is noted as an alternative entry point to Taman Negara, and one of the three embarkation points to Gunung Tahan, the highest mountain in peninsular Malaysia at 2,187 metres above sea level.
I believe that more promotional activities should be undertaken to promote Kuala Lipis as a tourist destination, and to refurbish and maintain the town’s structures.
Tourism Malaysia should aggressively promote small towns like Kuala Lipis as a centre for eco-tourism as not all foreigners are here to shop or marvel at our iconic Twin Towers.

JAMES GONZALES,Kuala Lumpur.

Thursday, June 24, 2010

JPAM

26 JUN 2010....


MAJLIS TAKLIMAT JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DI DEWAN ORANG RAMAI KG TEMPOYANG...


8am - 5pm...


MOH KITE BERAMAI2

RM4,000 dapat pinjaman PTPTN

Mulai 1 Julai ini pelajar daripada keluarga yang berpendapatan bersih kurang RM4,000 sebulan layak menerima pinjaman penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk yuran pengajian dan sara hidup di universiti, berbanding RM3,000 sebulan sebelum ini. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kelonggaran syarat dipersetujui oleh Kabinet bagi mengurangkan beban keluarga pelajar terbabit, selain memperluaskan peluang lebih ramai pelajar memohon pinjaman PTPTN.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan hanya pelajar keluarga berpendapatan bersih kurang RM3,000 layak menerima pinjaman penuh, manakala pendapatan RM3,000 hingga RM5,000 layak menerima sebahagian kadar penuh dan bergaji bersih RM5,000 ke atas mendapat kadar yuran pengajian.

Langkah ini bagi menggalakkan pelajar terbabit meneruskan pengajian ke universiti selain mahu pinjaman PTPTN dinikmati lebih ramai pelajar pada masa depan, katanya selepas merasmikan Seminar Halatuju Pembangunan Keusahawanan Institut Pengajian Tinggi (IPT), di sini semalam. IPT di seluruh negara bakal menerima hampir 200,000 pelajar baru tahun ini membabitkan pinjaman PTPTN yang diluluskan RM3 bilion. Pada majlis itu, Mohamed Khaled berkata, setiap IPT dicadangkan menubuhkan pusat keusahawanan bertaraf Pusat Tanggungjawab di IPT masing-masing, selaras teras pertama Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT dengan diketuai seorang koordinator keusahawanan. Beliau berkata, penubuhan pusat keusahawanan di IPT amat signifikan sebagai entiti yang akan merancang, menyelaras, memantau dan menilai segala program pembangunan keusahawanan dan bertindak sebagai contact point dalam hal ehwal pembangunan keusahawanan IPT berkenaan. Katanya, kementerian akan memperuntukkan RM5.55 juta untuk diagihkan kepada 21 IPT, Jabatan Pengajian Komuniti dan Jabatan Pengajian Politeknik di seluruh negara untuk menubuhkan Pusat Keusahawanan dan pelaksanaan program pembudayaan keusahawanan dengan masing-masing menerima peruntukan RM250,000.

More to get full loans from PTPTN

KUALA LUMPUR: In a move to make higher education more accessible, the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) will offer full loans, covering tuition fees and subsistence, to students from families with a net income of less than RM4,000 a month.
Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the new ruling would take effect on July 1.
“More university students will be eligible for full loans based on the new eligibility requirement,” he said after launching a seminar on entrepreneurial development here.
Previously, only students from families with a net income of less than RM3,000 per month qualified for full loans.
Students whose monthly family income was between RM3,000 and RM5,000 were entitled to loans that cover fees and part of living expenses. Those whose families earn more than RM5,000 or more monthly are eligible for loans that cover tuition fees only.

Friday, June 18, 2010

Amal Jariah

Kepada yang bermurah hati untuk menderma kepada

Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Al-Ihsan Daerah Lipis di No Akaun

CIMB 0613-0003294-05-2

Tuesday, April 20, 2010