Monday, August 10, 2009

Pendekatan Baru

YB Dato Shahrum mengajak semua ahli UMNO agar menukar cara pendekatan agar relevan dengan kehendak semasa dalam mendengar keluhan dan rintihan rakyat serta menyampaikan hasrat perjuangan kepada golongan muda dan pengundi yang masih was-was tentang perjuangan UMNO.

Face book, blog dan sms adalah kaedah yang perlu diaplikasikan secara minimum dan aktif selain dari Turun Padang dan bermesra dengan rakyat. Mengenai Sinar Harian beliau berpendapat agar UMNO dapat mendekati akhbar tersebut dan memberikan mereka cerita dan jangan biarkan pembangkang yang memberi cerita. Perlukan teknik diplomasi dan bukannya berkonfrantasi.
Ini yg berlaku di Lipis dimana Sinar Harian banyak membuat liputan mengenai UMNO.

No comments: