Saturday, August 29, 2009

Selamat Hari Kemerdekaan kepada Rakyat Malaysia

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Dipukul Ribut




Jeram Bungor :Hampir keseluruhan tingkat atas telah musnah.

berlaku pada waktu malam.

mujurlah tiada nyawa yg melayang kerana mereka sempat melarikan diri, ketika kejadian mereka sedang tidur tetapi dapat mendengar bunyi zink melayang sewaktu ribut mula melanda.

mangsa Syakimah bt Daud telah kerugian sekitar 10,000 ribu ringgit

YB Dato Ahli Parlimen Lipis telah menyampaikan bantuan segera Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Monday, August 24, 2009

BULETIN PARLIMEN LIPIS

Semalam adalah hari yang bersejarah kerana telah lahirnya Buletin Parlimen Lipis Edisi-1.

Buletin ini adalah sebagai penambahan penerimaan input dan hebahan setelah Blog dan Facebook.

Selamat Mengundi Permatang Pasir

Setelah berkempen dari hari Khamis. Saya berharap para pengundi di Permatang Pasir buatlah pilihan yang betul dan laksanakan perubahan untuk Negeri Pulau Pinang.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Ucapan Selamat Menyambut Ramadhan


Selamat Menyambut
Ramadhan Al-Mubarak
Semoga Segala Amalan Kita
Diberkati Oleh
-Nya
Dari :
YB Dato Shahrum

Thursday, August 20, 2009

Komuniti Bestari Mukim Lipis


Telah diadakan di KG Kuala Lanar. Malamnya telah diadakan Pertandingan Karaoke. Disertai oleh Kg K Lanar, K Kechau dan Tg Lipis. YB Dato telah menyumbngkan Hamper dan Hadiah untuk Peserta.

Perkhemahan 1Malaysia


Peserta dari murid sekolah rendah seluruh lipis.

Kempen Permatang Pasir


Yb Dato Shahrum Osman Berkempen Ke Permatang Pasir mulai hari ini hinggalah Isnin. Di atas kebenaran mengenai Rohaizat.

Tuesday, August 18, 2009

Desa Jeram Batu 1Malaysia
















16 ogos 2009

Acara bermula dgn futsal, sukaneka, pertandingan mewarna, indoor game (permainana dalam) pada sebelah siang. Bermula dari jam 7.30 pagi.

Pada waktu malam barulah diadakan upacara perasmian penutup oleh ahli parlimen lipis.

Program ini hasil 4 gabungan iaitu :
1. KRT Desa Jram Batu.
2. Gerakan Belia 4B Caw Desa Jeram Batu
3. Kelab Sukan Keretapi Kuala Lipis
4. UMNO Caw Jeram Batu

Kebenaran vs Kesesatan

Saya akan paparkan 2 artikel daripada Utusan Malaysia Online berkenaan kenyataan Mufti Perak dan Mursyidul Am PAS mengenai Syurga dan Neraka. Saya berharap para pengunjung blog ini yang membaca dua kenyataan tersebut dapat menilai kenyataan berikut daripada dua tokoh ulama dengan menggunakan akal fikiran yang waras dan bukan menilai melalui pemahaman politik melampau.

Jangan jadikan agama Islam sebagai mangsa ideologi politik kotor sesebuah parti. Saya berharap agar Nik Aziz kembali sedar apa yang beliau telah ucapkan akhir-akhir ini kerana semakin mengelirukan masyarakat Islam. Tak salah saya katakan bahawa Nik Aziz semakin nyanyuk ataupun telah terminum air jampi Brother Anwar bin Ibrahim.

Semoga dua artikel yang dipaparkan di bawah ini dapat membezakan mana satu "ulama tulen" dan mana satu "ulama politik".

Bacalah...

KENYATAAN MUFTI PERAK (Tan Sri Harussani Zakaria)

Tiada nas sertai Pas masuk syurga

PUTRAJAYA 17 Ogos -
Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.

''Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.

''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan,"
katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu dipercayai bermotif politik berikutan persaingan Pas dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir 25 Ogos ini.

KENYATAAN MURSYIDUL AM PAS (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)

Ahli UMNO tak akan masuk syurga

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini. - BERNAMA


Anda baca dan nilai sendiri mana satu pendapat yang anda percaya berdasarkan kepada nas dan hukum Islam serta yg mana ikut bisikan syaitan.....

Sunday, August 16, 2009

Melawat Mukim Batu Yon

Hari ini YB Dato Shahrum menghabiskan masa satu hari di Mukim Batu Yon dan beberapa Kampung di Padang Tengku.

Mesyuarat UMNO Bahagian Lipis




SMK Agama Relai










- Sekolah telah mengadakan solat hjat untuk Pelajar2 PMR dan Ceramah Agama.

Monday, August 10, 2009

Pendekatan Baru

YB Dato Shahrum mengajak semua ahli UMNO agar menukar cara pendekatan agar relevan dengan kehendak semasa dalam mendengar keluhan dan rintihan rakyat serta menyampaikan hasrat perjuangan kepada golongan muda dan pengundi yang masih was-was tentang perjuangan UMNO.

Face book, blog dan sms adalah kaedah yang perlu diaplikasikan secara minimum dan aktif selain dari Turun Padang dan bermesra dengan rakyat. Mengenai Sinar Harian beliau berpendapat agar UMNO dapat mendekati akhbar tersebut dan memberikan mereka cerita dan jangan biarkan pembangkang yang memberi cerita. Perlukan teknik diplomasi dan bukannya berkonfrantasi.
Ini yg berlaku di Lipis dimana Sinar Harian banyak membuat liputan mengenai UMNO.