Saturday, May 9, 2009

Di Kg Binjai

Di Kg Binjai masalah rakyat adalah :
1. Mohon bekalan paip bermeter individu untk Tanaman Jagung
2. Talian Telefon hanya separuh
3. Tiada Bot (kegunaan banjir)
4. Padang Ragut untuk Penternakan Lembu

-------------

Penyelesaian dari YB Dato :
1. Apabila paip bermeter digunakan akan menyebabkan kos yang mahal. Bukan kah Projek Tanaman Jagung ini berdekatan dengan Sungai? Jadi di syorkan supaya digunakan air sungai untuk penjimatan kos pengeluaran.
YB Dato telah memohon Mesin Penyedut Air dari Pertanian RM 25 ribu. Dan telah diluluskan.
2. Senarai pemohon di kumpulkan oleh Tok Empat dan YB Dato sendiri akan ke Pejabat Telekom untuk bertemu Pengurus Telekom.
3. Ini dibawah bajet Ahli Parlimen sahaja dan tidak perlu agensi Kerajaan lain. Telah luluskan serta merta.
4. Padang Ragut kosnya mahal dan tidak mampu ditanggung oleh penternak dan tiada lagi bajet untuk tujuan tersebut dalam agensi kerajaan. YB Dato cadangkan agar kita buat usahasama dengan Penternak Komersial, dimana kita boleh berkongsi dengan Penternak Komersial dan Penternak Kampung terbabit. Sudah pasti yang mana ada kelompongan YB Dato akan membantu.

PS : Sedap sungguh bubur jagung disana. Balairaya baru memang cantik. Turut hadir ADO Pembangunan.

No comments: