Monday, July 26, 2010

80 org dari 4 buah kg Cheka II ke Langkawi


Thursday, July 22, 2010

Peluang Kerja Terkini

Berikut adalah jawatan kosong kerajaan terkini:1. Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tangkakhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HnFm&mc=f&s=Gn3Ef&y=Y&2. Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HnFP&mc=f&s=Gn3Ef&y=u&3. Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad ( TNB )http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HnFf&mc=f&s=Gn3Ef&y=x&4. Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tapahhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=Hao6&mc=f&s=Gn3Ef&y=y&5. Jawatan Kosong di Institut Sukan Negarahttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HaLE&mc=f&s=Gn3Ef&y=Q&6. Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Sabahhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HaLB&mc=f&s=Gn3Ef&y=M&7.Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Bintuluhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HaLS&mc=f&s=Gn3Ef&y=t&Jawatan kosong swasta:1. Jawatan Kosong di Maybankhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HnF8&mc=f&s=Gn3Ef&y=T&2. Jawatan Kosong di Jawatan Kosong Kolej Yayasan Melakahttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HnFj&mc=f&s=Gn3Ef&y=c&

Sunday, July 18, 2010

Peluang Kerja

1.Jawatan Kosong di Agro Bankhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HHbj&mc=f&s=Gn3Ef&y=c&2.Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Dungunhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HmHB&mc=f&s=Gn3Ef&y=M&3.Jawatan Kosong di Institut Pembangunan Pengurusan Johorhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HmHS&mc=f&s=Gn3Ef&y=t&4.Jawatan Kosong Yang Ditawarkan Di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)1. Pembantu Teknik Gred Jawatan : J292. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred Jawatan : E17Untuk maklumat lanjut,sila layari:http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=Hm3S&mc=f&s=Gn3Ef&y=t&5.Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Seberang Peraihttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HfK0&mc=f&s=Gn3Ef&y=Z&6.Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Seberang Peraihttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HfK0&mc=f&s=Gn3Ef&y=Z&7.Jawatan Kosong di Kolej Kemahiran Tinggi MARAhttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-kolej-kemahiran-tinggi-mara8.Jawatan Kosong di MATRADEhttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-matrade9. Jawatan Kosong di Perbadanan Putrajayahttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-perbadanan-putrajaya10.(SWASTA)Jawatan Kosong Kolej Kejururawatan Pusrawihttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-kolej-kejururawatan-pusrawi11.(SWASTA)Jawatan Kosong Kolej Kejururawatan Pusrawihttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-kolej-kejururawatan-pusrawi12.Jawatan Kosong di Maybank,CIMB,EON,Public bank dan SHELLhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HuFu&mc=f&s=Gn3Ef&y=3&13.Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Sarawakhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HuFY&mc=f&s=Gn3Ef&y=b&14.Jawatan Kosong di IPPT Universiti Sains Malaysiahttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HuTE&mc=f&s=Gn3Ef&y=Q&15.Jawatan Kosong di Berita Nasional Malaysia(BERNAMA)http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HxU4&mc=f&s=Gn3Ef&y=G&

16.Jawatan Kosong Percetakan Nasional Malaysia Berhad(PNMB)http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HxUa&mc=f&s=Gn3Ef&y=z&17.Jawatan Kosong di MARDIhttp://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HxUD&mc=f&s=Gn3Ef&y=h&18.Jawatan Kosong di Universiti Malaya(UM)http://getresponse.com/click.html?x=a62b&lc=HxUn&mc=f&s=Gn3Ef&y=S&19.Jawatan Kosong Kolej Universiti INSANIAH (KUIN)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-kolej-universiti-insaniah-kuin20.Jawatan Kosong di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayahhttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-kementerian-kemajuan-luar-bandar-dan-wilayah21.Karnival Pekerjaan Julai 2010http://jawatankosongkerajaan.my/karnival-pekerjaan-julai-201022.(SWASTA)Jawatan Kosong di Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-kolej-islam-sains-teknologi-kist23.Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-lembaga-kemajuan-bintulu-bda24.Jawatan Kosong di FELDAhttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-felda25.Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Teluk Intan(MPTI)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-majlis-perbandaran-teluk-intan-mpti26.Jawatan kosong di Majlis Daerah Kota Tinggi(MDKT)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-majlis-daerah-kota-tinggimdkt27.Jawatan Kosong di Pusat Pungutan Zakat(PPZ MAIWP)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-pusat-pungutan-zakatppz-maiwp28.Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysiahttp://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-lembaga-getah-malaysia29.Jawatan Kosong di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam(PPSPPA)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-perbadanan-pengurusan-sisa-pepejal-dan-pembersihan-awam30.Jawatan Kosong Di Institut Integriti Malaysia(IIM)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-institut-integriti-malaysiaiim31.Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Terengganu(UMT)http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-universiti-malaysia-terengganu

Tuesday, July 13, 2010

Demam Piala Dunia


Latihan Kemahiran bagi Belia India 2010 - JPM/YSS

Borang Permohonan - http://www.themindassociation.org/Application_LKBI2010.docTajaan - Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana MenteriKelayakan Minimum:-Lepasan SPM... See more-Berumur diantara 17 hingga 25 tahun.Kursus-kursus yang ditawarkan-Mekanik Kenderaan Motor-Sistem Pentadbir Maklumat-Jahitan-Mengetuk & Mengecat Kereta-Komputer Multimedia-Solekan-Juruteknik Elektronik-Jurugegas (‘Oil & Gas’)-Catering & Hospitality’-Juruteknik Elektrik RendahKemudahan-Yuran adalah percuma-Tempat tinggal dan makanan disediakan-Aktiviti karektor (Motivasi, Keusahawanan, Bimbingan dsb) dijalankan.Maklumat lanjut, sila hubungi:Kedah & Penang- Munis - 016-4580750Perak - James Raj - 017-5518891Selangor, KL & Pahang - Pejabat YSS - 03-40415958Negeri Sembilan, Melaka & Johor - Gunah - 012-2591632

Futsal Anjuran Kemas


Santai Bersama Belia Daerah Lipis @ Daftar sebagai pengundi


Bersama belia Seberang Jelai


Wednesday, July 7, 2010

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN LIPIS

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN LIPIS

Tarikh : 11 Julai 2010 (Ahad)
28 Rejab 1431

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Dewan Dato’ Haji Omar Othman
Aras 2, Wisma UMNO Bahagian Lipis

Perasmi : YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi


" SELAMAT BERSIDANG SEMUA PERWAKILAN "

Tuesday, July 6, 2010

Jawatan Kosong

Berikut disenaraikan jawatan kosong
terkini di sektor kerajaan:

1. Jawatan Kosong di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-universiti-tun-hussein-onn-malaysia

2. Jawatan Kosong di UiTM Kelantan
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-uitm-kelantan

Dan juga jawatan kosong di syarikat
separa kerajaan dan juga swasta:

1. Jawatan Kosong di Bank Rakyat
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-bank-rakyat

2. Jawatan Kosong di Pos Malaysia Berhad
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-pos-malaysia-berhad

3. Jawatan Kosong di PETRONAS
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-petronas

4. Jawatan Kosong di Proton Edar Sdn Bhd
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-proton-edar-sdn-bhd

5. Jawatan Kosong di Institut Jantung Negara
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-institut-jantung-negara

6. Jawatan Kosong di CIMB
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-cimb

7. Jawatan Kosong di DiGi Telecommunications
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-digi-telecommunications

8. Jawatan Kosong di Sime Darby
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-sime-darby

9. Jawatan Kosong di FELDA Holdings
http://jawatankosongkerajaan.my/jawatan-kosong-di-felda-holdings

Sebarkan kepada rakan-rakan anda dan saudara mara
berkenaan maklumat ini.Terima Kasih.

Sunday, July 4, 2010

Jangan porak-perandakan moral kerana gila kuasa

POLITIK, parti politik dan berpolitik serta berparti politik memerlukan kecerdikan dan tahap profesionalisme berskala besar, memerlukan lebih ramai penyokong daripada penentang supaya mendapat lebih majoriti dalam pilihan raya.

Hati dan perasaan semua pihak yang bertanggungjawab kepada pemberian mandat perlu dijaga dan dibelai seperti menatang minyak yang penuh. Membuat musuh dengan mereka bermakna menempah kecelakaan.

Pakatan pembangkang boleh menyerang, memperlekeh, membuat tohmahan, memberi persepsi buruk, memfitnah atau menidakkan kejayaan Barisan Nasional (BN) yang terus menerima mandat membentuk kerajaan yang sah.

Tetapi memfitnah agensi kerajaan, termasuk dengan melemparkan dakwaan palsu terhadap Felda yang dikatakan bankrap adalah satu tatacara berpolitik yang sangat tidak bijak, amat tidak profesional dan tidak bermoral.

Tindakan itu bukan sahaja akan melukakan hati para pegawai Felda tetapi ia merupakan satu penghinaan kepada golongan peneroka dan institusi yang banyak membangunkan masyarakat Melayu. Hakikatnya, nasib para peneroka Felda kini jauh lebih baik dari semasa mereka belum menjadi peneroka.

Berpolitiklah secara yang sepatutnya, jangan kerana gilakan kuasa dan kerusi perdana menteri dan kerusi menteri, maka apa yang diharamkan oleh Islam yakni memfitnah pun sanggup dijadikan senjata dalam perlumbaan meraih mandat.

Rakyat bukannya bodoh. Persepsi majoriti rakyat tidak mungkin seragam dengan persepsi pembangkang atau apa yang diharap rakyat terhadap persepsi kerajaan. Mengecam kerajaan dan mengajak rakyat membenci kerajaan sepanjang masa adalah tindakan yang tidak bermoral.

Masa untuk berhujah dan menarik sokongan rakyat selaku pemberi mandat adalah semasa pilihan raya. Selepas pilihan raya dan rakyat telah memilih parti untuk diberi mandat, maka keputusan rakyat mesti diterima dan dihormati.

Kalau masih dipertikaikan bermakna keputusan rakyatlah yang dipertikaikan, bukannya kerajaan yang telah dilanjutkan pemberian mandat, yakni amanah dan tanggungjawab untuk menjadi kerajaan.

Sementara menunggu tibanya pilihan raya akan datang, ia patut diisi dengan muhasabah dan kaji selidik kenapa pakatan pembangkang masih ditolak oleh rakyat dan kerajaan yang ada masih terus diberi mandat.

Baiki segala kelemahan supaya pada pilihan raya akan datang, rakyat akan melihat pembangkang ‘lebih baik’ dan ‘lebih berkemampuan’ untuk diberi mandat membentuk kerajaan bagi menggantikan kerajaan yang sedia ada, barulah nampak bestari dan profesional dalam berpolitik.

Kalau asyik mencerca kerajaan sebagai penerima mandat rakyat, lambat laun akan timbul rasa meluat di kalangan rakyat. Bila rakyat meluat, maka harapan untuk diberi mandat membentuk kerajaan akan tersekat.

Rakyat akan membuat penilaian tentang kualiti kerajaan memerintah. Keupayaan terus bertahan dalam keadaan sentiasa dikecam, diburukkan, diperlekeh, ditohmah, difitnah, diganggu dengan demonstrasi dan sebagainya tetapi masih mampu bertahan akan dilihat ada sesuatu yang luar biasa milik pimpinan kerajaan yang ada sekarang.

Sekali gus rakyat akan bertanya kepada diri sendiri iaitu dalam segelintir mereka mempertikaikan jasa dan bakti kerajaan yang memerintah lebih 50 tahun, apa pula jasa, bakti dan sumbangan pembangkang kepada negara selama tempoh yang sama, selain daripada mengisi masa setiap saat dengan memburukkan kerajaan.

Hakikat dan natijahnya menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang. Rakyat sedang membuat penilaian apakah negeri-negeri yang diperintah pembangkang lebih baik daripada negeri-negeri yang diperintah oleh BN.

Kalau kerajaan pembangkang di negeri-negeri yang diperintah gagal dilebih-baikkan daripada negeri-negeri yang diperintah oleh BN, maka hasrat pakatan pembangkang untuk memerintah Malaysia tidak ubah seperti angan-angan katak puru.

Kononnya katak puru berkata, ‘badan berkerutu akan bertukar menjadi licin selepas bunyi guruh.’ Tetapi entah sudah berapa juta kali guruh berdentum, katak puru tetap kekal dalam keadaan asalnya, mimpi untuk menjadi licin lebih bersifat mimpi yang tidak mungkin menjadi realiti.

Dalam berpolitik, kena elakkan daripada berangan-angan macam katak puru atau sang pungguk yang mabuk air sejuk pada puteri bulan, sebaliknya orang politik kena pastikan diri sentiasa berada dalam realiti untuk mengelak daripada ‘perasan’ dijulang dan disayangi, walhal dibenci kerana sikap sendiri.

Tiada lagi kampung Melayu di Pulau Pinang?


Tiada lagi kampung Melayu di Pulau Pinang?

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my



SEBUAH rumah di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong, Pulau Pinang. Apakah nasib rumah ini kelak selepas tarikh 13 Oktober ini.





TATKALA penghuni Pulau Mutiara lain sedang enak diulit mimpi, Mohd. Khir Mohd. Said, 44, sibuk bersiap-siap untuk turun ke laut mencari sesuap nasi.

Tangkapan hasil laut itulah yang menyara hidup keluarganya seramai tujuh orang sejak lebih 30 tahun lalu.

Namun kini, dia tidak pasti apakah rutin hariannya itu mampu dilakukan lagi pada masa depan berikutan rumahnya bakal dirampas oleh pemaju yang mahu mendirikan kediaman mewah di situ.

Begitulah nasib Mohd. Khir dan kira-kira 50 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam di Jelutong, Pulau Pinang.

Mereka merupakan sebahagian daripada 200 penduduk asal perkampungan itu yang diusir oleh pemaju, Rabu lalu.

Operasi pengusiran penduduk yang majoritinya nelayan sepatutnya dijalankan pada hari itu yang mana sebuah jentolak dibawa untuk kerja-kerja merobohkan rumah.

Bagaimanapun, selepas perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk dengan pihak pemaju yang diwakili oleh seorang peguam, tempoh pengosongan ditangguhkan selama tiga bulan hingga 13 Oktober depan.

Difahamkan, tanah kampung berkenaan akan dibangunkan dengan projek kediaman bertingkat berkos lebih RM800,000 seunit oleh pemaju terbabit dari Kuala Lumpur.

Apa yang pasti penduduk kini berada dalam dilema. Sudahlah rumah mahu dirampas, tempat mencari rezeki juga tidak pasti di mana selepas ini.

Ini kerana, pampasan sebanyak RM75,000 yang mahu diberikan pemaju tidak setimpal dengan harga pasaran rumah di sekitar kawasan berkenaan.

"Kami bukannya kemaruk wang ringgit, dan kami pun bukannya mahukan duit yang pemaju ingin beri, tetapi kami mahu rumah di kawasan ini sebagai ganti.

"Dengan wang RM75,000, rumah apakah yang boleh kami beli di sini? Rumah yang sedia ada semuanya berharga RM100,000 ke atas, kami tidak mampu.

"Dan kalau kami berpindah ke tempat lain, dapatkah kami menjadi nelayan semula?," katanya yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jalan Pokok Asam.

Hendak mengadu kepada siapa lagi, dia tidak tahu. Pernah dia ajukan keluh kesah penduduk kampung kepada wakil rakyat di situ, namun Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi seolah-olah tidak 'berminat' untuk membantu. "Dulu masa pilihan raya, macam-macam janji manis ditabur kepada kami.

"Mereka kata, apa-apa masalah boleh mereka selesaikan. "Namun, hari ini apabila penduduk kampung ditimpa kesusahan, mereka lepas tangan, pemimpin apa namanya ini?" ujarnya kesal.

Sikap kerajaan negeri pun sama juga. Bukan tidak pernah dia dan penduduk kampung cuba membuat temu janji dengan pemimpin terbabit bagi mengadu mengenai masalah itu, namun nasib yang menimpa mereka seolah-olah tidak dipedulikan.

"Kami pernah buat temu janji dengan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, tetapi bila tiba tarikh yang telah ditetapkan, mereka bagi alasan sibuk bermesyuarat," jelasnya.

Dalam keadaan sekarang, kepada siapa lagi boleh diharapkan simpati serta bantuan, dia sendiri tidak pasti. Sepatutnya kerajaan negeri boleh campur tangan, seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk kampung tersebut.

Menurut Mohd. Khir, sebagai kerajaan yang memerintah Pulau Pinang, pada bila-bila masa mereka boleh memberhentikan projek tersebut.

Justeru, katanya, selagi mahkamah belum memutuskan siapa yang berhak ke atas kampung itu, dia dan penduduk kampung bertekad untuk mempertahankan hak mereka dalam apa keadaan sekali pun.

Sudah terang lagi bersuluh, jika demikian sikap kerajaan negeri dan wakil rakyat, tidak hairan sekiranya pada suatu hari nanti, perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar George Town lenyap begitu sahaja.

2,000 peminjam PTPTN cemerlang

2,000 peminjam PTPTN cemerlang

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


KUANTAN 4 Julai - Kira-kira 2,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) layak menukar status pinjaman mereka kepada biasiswa kerana lulus dengan kepujian kelas pertama.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, berdasarkan maklumat daripada PTPTN, pertukaran status terhadap pelajar terbabit melibatkan peruntukan sebanyak RM73 juta.

''Bagaimanapun, setakat 24 Jun lalu, PTPTN hanya mendapat statistik daripada 18 IPT awam dan swasta yang melibatkan 1,200 pelajar dengan peruntukan kira-kira RM26 juta.

''Oleh itu, pihak IPT harus segera mengemukakan statistik pelajar yang layak menukarkan pinjaman mereka kepada biasiswa bagi membantu PTPTN membuat persediaan yang sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan minggu induksi siswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) 2010 di Gambang, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim dan Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin.

Dalam pembentangan bajet 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan supaya pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama atau setaraf mulai tahun ini.

Menurut Mohamed Khaled, PTPTN mula melaksanakan dasar tersebut dengan menukarkan pinjaman kepada biasiswa mulai 1 Julai lalu.

''Justeru, pelajar yang menamatkan pengajian pada 1 Januari lalu dan memperoleh kepujian kelas pertama serta memenuhi beberapa syarat seperti mengikuti pengajian sepenuh masa disaran mempertimbangkan pertukaran tersebut," jelasnya.