Tuesday, April 20, 2010
Monday, April 19, 2010
Alasan mudah kenapa perlu undi BN
SUDAH tiga hari kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor berlangsung. Dalam kempen dengan ketumbukan penuh jentera parti bertanding, banyak strategi dan jurus merayu undi dilakukan.
Gerak gempur dan gerak saraf, masing-masing jentera memperlihatkan ketajaman dan kepakaran seni berpolitik untuk berunding, berkomunikasi dan menyelami hati 64,500 pemilih Hulu Selangor.
Hujah dipatahkan dengan hujah. Idealnya begitu.
Tetapi sejak pilihan raya umum Mac 2008, mungkin kerana kerakusan mengejar kuasa ke Putrajaya, pembangkang gemar menyulaminya dengan fitnah, pembohongan, tohmahan, putar belit dan adu domba.
Sulaman itu pula menjadi dominan dan terbawa-bawa di Dewan Rakyat. Sehingga terlihat suara rakyat seperti terabai. Yang kelihatan perjuangan parti, kelompok dan kepentingan individu.
Rakyat sekadar dijadikan alasan mengesahkan kerakusan dan kepura-puraan kekuasaan - 16 September sebagai contohnya. Harapan kehadiran pembangkang dalam Dewan Rakyat sebagai pemeriksa kekuasaan hanya optimisme yang tak kunjung datang.
Pada waktu yang sama, optimisme rakyat terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin menyerlah. Komitmen 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' telah mengembalikan kehidupan rakyat yang lebih bermakna dan berghairah.
Jadi, mana pilihan rakyat? Apa yang menjadi faktor pengundi memilih Barisan Nasional (BN) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Sebenarnya, pilihan raya kecil di Hulu Selangor tidak membawa makna besar dari segi pemerintahan BN mahupun pakatan pembangkang.
Kemenangan BN mahupun PKR tidak akan mengubah komposisi ahli Dewan Rakyat. BN tetap kurang majoriti dua pertiga. Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap tidak boleh menjadi Perdana Menteri.
Jadi, khusus untuk pilihan raya kecil ini ini, ada tiga alasan mudah mengapa rakyat Hulu Selangor perlu memilih Barisan Nasional (BN) sebagaimana mereka lakukan sejak pilihan raya pertama 1959, kecuali pada 2008.
l Menjadi jambatan kepada Kerajaan Pusat.
Hubungan rakyat Hulu Selangor dengan Kerajaan Pusat kini seperti terputus. Walaupun menguasai tiga Dewan Undangan negeri (DUN). kerajaan negeri diperintah oleh pembangkang. Kemenangan BN akan menjadi penghubung kepada Kerajaan Pusat untuk kemakmuran yang lebih terjamin di Hulu Selangor.
Lagi pula, pembangkang tetap memerintah Selangor. Mereka boleh melaksanakan pembangunan sesuai aspirasi rakyat tanpa perlu menunggu kemenangan pada pilihan raya kecil ini.
l Mengukuhkan kestabilan negara.
Tidak sukar menjangkakan kokok pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika PKR diberi kemenangan. Beliau akan ke sana ke mari menyatakan politik Malaysia tidak stabil yang bakal menjejaskan pelaburan ke Malaysia. Sungguh, adalah malang jika kita terus dihimpit dengan persoalan politik. Hentikanlah jalan pintas merebut kekuasaan ini yang sehingga sekarang kita tidak nampak hasilnya.
Pentadbiran Najib perlu diberi peluang dan ruang waktu untuk membuktikan kemampuan mentadbir negara. Peluang terbaik untuk menukar kerajaan jika terbukti tidak berkesan ialah pada pilihan raya ke-13, bukan sekarang.
l Mengurangkan panas politik dan ketegangan Dewan Rakyat.
Dalam tempoh dua tahun selepas pilihan raya umum, rakyat terus dihidangkan dengan percakaran politik. Pengundi Hulu Selangor bertangungjawab untuk mengurangkan kebosanan politiking ini. Ada banyak kerja lain yang perlu dilakukan.
Tetapi, alasan seperti yang sebahagiannya diutarakan oleh ahli politik veteran, Datuk Ibrahim Ali ini hanya ternampak mudah di permukaan. Ahli Parlimen Pasir Mas yang memilih menjadi wakil rakyat Bebas ini melihatnya daripada kaca mata seorang ahli politik tanpa kongkongan sentimen dan sensitiviti parti.
Beliau yang telah berkampung di Hulu Selangor, buat pertama kali muncul di pentas ceramah pilihan raya kecil ini, malam Ahad lalu. Ibrahim yang juga Presiden Perkasa berjanji untuk 'bertomoi' bagi menyatakan apa yang benar pada 21 dan 23 April ini,
Bukan seorang Ibrahim sahaja yang melihat PKR (pembangkang) perlu disekat daripada terus diamanahkan dengan suara rakyat. Malah Ibrahin mengaku 'saya tahu' siapa sebenarnya calon pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim yang satu negeri dengannya.
Ibrahim yang sudah muak dengan kerenah pembangkang, meramalkan BN menang dengan majoriti 3,000 undi. Jentera BN di beberapa kawasan pula percaya angkanya boleh mencecah 5,000 hingga 6,000 undi.
Begitu juga dengan bekas Bendahari PKR Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat. Dr. Halili, anak jati Hulu Yam dan pernah menjadi doktor peribadi Anwar memilih 'waktu kritikal' ini untuk meninggalkan PKR. Alasannya cukup jelas. PKR dan Anwar tidak lagi relevan. Sebagaimana Ibrahim, Dr. Halili dan ramai lagi rakan-rakan PKR lainnya, mereka tahu pihak mana yang benar.
Dalam tempoh sehingga 25 April ini, kematangan pengundi Hulu Selangor akan diuji sebelum ia dimuktamadkan di kertas undi. Sejauh manakah kepekaan dan ketajaman minda penduduk Hulu Selangor menganalisis keadaan? Sejauhmanakah fakta menjadi ukuran penting dalam pilihan raya ini?
Tiga alasan mudah itu tentu sekali boleh berubah menjadi kompleks. Ada kelompok pengundi tegar dan atas pagar. Pengundi tua dan muda serta pengundi anak tempatan dan orang luar. Fitnah, pembohongan, tohmahan, putar belit dan adu domba juga boleh memutar alasan mudah ini menjadi begitu sukar.
Tetapi setakat ini, dengan banyak perkembangan memihak kepada BN, P. Kamalanathan masih mempunyai peluang lebih besar untuk memenangi pilihan raya kecil ini berbanding Zaid yang penuh kontroversi itu. Nampaknya majoriti rakyat di Hulu Selangor lebih memilih alasan mudah itu. Mereka tidak akan salah.
Tujuh Wasiat Raja- Raja Melayu
Tujuh Wasiat Raja- Raja Melayu itu berbunyi :
Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera :
PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kami, selain gunung- ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah lima puluh peratus, selebihnya rebutlah bersama kaum- kaum lain.
KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu, selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.
KELIMA : Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.
KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum- kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)
Friday, April 16, 2010
Monday, April 12, 2010
Friday, April 9, 2010
XPDC Kereta Ke DUN Benta anjuran LIPIS MOTOR CLUB DAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT AHLI PARLIMEN LIPIS
TARIKH : 22HB MARCH HINGGA 23HB MARCH
SESIAPA YANG BERMINTA BOLEH HUBUNGI PEJABAT PARLIMEN LIPIS 09-3121545
ATAU CIKGU ZAHARUDDIN 017-9391969
SESIAPA YANG BERMINTA BOLEH HUBUNGI PEJABAT PARLIMEN LIPIS 09-3121545
ATAU CIKGU ZAHARUDDIN 017-9391969
Thursday, April 8, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)