Tuesday, March 30, 2010

PM Sebak pulang ke Lepeh


KUALA LIPIS – Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, lawatannya sehari semalam ke Kuala Lipis, bukanlah sebarang lawatan.
Ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan bonda, Tun Rahah Mohd. Noah, program sehari beliau bersama warga Lipis, tempat kelahirannya begitu bermakna sekali.
Lawatannya ke tempat kelahirannya itu merupakan yang pertama kali sejak beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009.

“Saya begitu tersentuh hati bila orang Lepeh (sebutan Lipis) mengibaratkan saya sudah ‘balik ke Lepeh’, dan saya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dengan UMNO dan Barisan Nasional Lipis, di sini.
Perdana Menteri berkata sejak pagi lagi selepas menghadiri program Sambutan 50 Tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan lawatan ke rumah kelahirannya di Bukit Bius, emosinya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan.
Lebih 5,000 orang membanjiri Dataran Lipis ketika menyambut Najib merasmikan program kementerian itu.


Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata beliau juga terharu ketika ditawarkan bertanding di Parlimen Pekan pada pilihan raya umum 2004 berikutan keputusan agak kurang memberangsangkan pada pilihan raya umum sebelum itu.

Rumah Kelahiran PM Di Kuala Lipis Bakal Jadi Muzium Warisan



KUALA LIPIS: Rumah kelahiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Bius di sini akan dijadikan Muzium Warisan Sejarah Kuala Lipis tidak lama lagi.
Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis (MDL) Datuk Abu Jamal Nordin berkata hampir RM1 juta dibelanjakan bagi kos konservasi rumah berkenaan sejak 13 Nov 2007 dan siap pada 12 Mei 2008.

Bagaimanapun, katanya, kos tambahan sebanyak RM640,000 diperlukan untuk kerja-kerja akhir melengkapkan muzium itu, dan pembukaannya kelak diharap dapat menjadi tarikan pelancong serta memperkenalkan Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan bertemakan warisan sejarah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat mengenai bekas rumah kediaman Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang kepada Perdana Menteri di sini hari ini.
Turut hadir pada sesi taklimat itu adalah isteri dan ibu Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta Tun Rahah Mohd Noah.

Friday, March 12, 2010

Sambutan 50 Tahun Penubuhan KKLW

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mengadakan acara kemuncak bagi sambutan 50 tahun penubuhannya mulai 19 hingga 21 Mac 2010 di Dataran Lipis, Kuala Lipis, Pahang dari 8.00 pagi hingga 11.00 malam.Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 20 Mac 2010 jam 9.00 pagi. Selama 3hari ini pelbagai aktiviti akan diadakan diantaranya adalah gerai jualan produk-produk luar bandar, pameran 5 dekad pembangunan luar bandar, demonstrasi & persembahan tradisional.Semua dijemput hadir.

PM di Lipis

20hb March PM akan melawat ke Lipis.

Jom ramai-ramai ke Dataran Lipis.

Wednesday, March 10, 2010

JPAM

Sukacita dimaklumkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan mengadakan Program Pemilihan Anggota Baru Pada :

Tarikh : 13 Mac 2010 ( Sabtu )
Tempat : Balairaya Kg. Kerambit
Masa : 10 Pagi.

Semua hadirin dijemput hadir bagi menubuhkan unit JPAM bagi Parlimen Lipis.