Tuesday, January 8, 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013

Wednesday, September 21, 2011

JAMUAN RAYA

Dijemput kpd semua ke Majlis Ramah Mesra Merdeka Raya Ahli Parlimen Lipis bersama ADUN BENTA,ADUN CHEKA,Pergerakan Wanita UMNO Bhgn Lipis & Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lipis pada 22/09 jam 3.00 ptg hingga 6.00 ptg di Dewan Residen Lipis.Kehadiran semua amatlah dihargai. SEBARKAN KEPADA RAKAN2.

Sunday, September 18, 2011

RUMAH TERBUKA AHLI PARLIMEN LIPIS

Dijemput kpd semua ke Majlis Ramah Mesra Merdeka Raya Ahli Parlimen Lipis bersama ADUN BENTA,ADUN CHEKA,Pergerakan Wanita UMNO Bhgn Lipis & Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Lipis pada jam 3.00 ptg hingga 6.00 ptg di Dewan Residen Lipis.Kehadiran semua amatlah dihargai. SEBARKAN KEPADA RAKAN2.

Friday, September 9, 2011

RUMAH TERBUKA

Dengan tulus ikhlas semua dijemput ke Majlis Merdeka Ahli Parlimen Lipis & ADUN Benta pada 10 September 2011, Jam 9 pagi-2 ptg bertempat di R&R Benta. Semoga kehadiran semua memeriahkan lagi majlis.

Tuesday, September 6, 2011

KEMBARA MERDEKA

PROGRAM KEMBARA MERDEKA SEKITAR BANDAR LIPIS ANJURAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PARLIMEN LIPIS DAN PERSATUAN PERMOTORAN DAERAH LIPIS. 08.09.2011. KHAMIS. 3.00 PETANG. BERKUMPUL DI DATARAN LIPIS. KERETA DAN MOTOR. SESIAPA YANG LAPANG DIJEMPUT MENYERTAI.

Friday, July 29, 2011

Tender Jalan Benta

Maklumat Projek
Tajuk Projek Memperelok Jalan Benta - Jerantut - Maran FT064 Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Daerah Lipis Dan Jerantut, Pahang (Seksyen 0.00 - Seksyen 64.00)
Lawatan Tapak Lawatan Tapak Diwajibkan Dan Akan Diadakan Pada 04.08.2011 (Khamis) Jam 10.00 Pagi Di Jurutera Daerah JKR Lipis.
Tarikh Iklan 25/07/2011 Pejabat yang memanggil tawaran Ibu Pejabat JKR Pahang (Bahagian Kontrak & Ukur Bahan)
Maklumat Kontraktor
Taraf Bumiputera Jenis syarikat T1
Kelas A Kepala & Sub-Kepala I & IV
1 Dan 3(b)
Maklumat Tender Dokumen
Harga RM 250.00 Bayaran atas nama Pengarah Kerja Raya Pahang
Tarikh mula dijual 04/08/2011 Tarikh akhir dijual 18/08/2011
Tempat dijual Pengarah JKR Pahang (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan - Tingkat 1)
Tarikh ditutup 25/08/2011 Waktu ditutup 12:00 tengahari
Tempat ditutup Ibu Pejabat JKR Pahang (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan - Tingkat 12)

Dokumen Meja Tender
Dokumen Meja tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa PERAKUAN PENDAFTARAN ASAL ATAU KAD PERAKUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN dan SIJIL PENDAFTARAN ASAL PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR/KEMENTERIAN KEWANGAN dan sijil Asal Pengiktirafan Taraf Bumiputra jika berkenaan. SALINAN Sijil Pendaftaran PKK/Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputra boleh diterima jika disahkan oleh Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor.

Jenis Syarikat Tempatan
T1 Syarikat 100% milik tempatan.
A1 Syarikat 100% milik tempatan dan syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.
A2 Syarikat 100% milik tempatan, syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL dan Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Pembiayaan
Pinjaman Bank Dunia Tender adalah juga terbuka kepada pentender-pentender yang berminat daripada negara Bank Dunia dan Taiwan China.
Bank Pembangunan Asia Tender adalah terbuka kepada pentender-pentender yang berminat daripada negara anggota Bank Pembangunan Asia.
back to top








Send feedback to system administrator

Thursday, July 14, 2011

MISKIN HARTA TETAPI JIWA KAYA

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=uqRwnhyCl24

Tuesday, June 21, 2011

FUTSAL 1BELIA 1MALAYSIA

FUTSAL 1BELIA 1MALAYSIA
PERTANDINGAN FUTSAL 1BELIA 1MALAYSIA
PIALA YB DATO DR MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN
AHLI PARLIMEN LIPIS

TARIKH : 25-26 JUNE 2011

TEMPAT GELANGGANG FUTSAL PENJOM

KATEGORI : LELAKI DAN WANITA

PENYERTAAN : PERCUMA

BORANG PENYERTAAN
: PEJABAT AHLI PARLIMEN LIPIS

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI : PEJABAT PARLIMEN 09-3121545 @ HAMIDI 0139333385 @ LIMI 0199458036 @ CIKGU ZAHAR 0179391969

HADIAH HINGGA KE TEMPAT KE 4

Sunday, May 29, 2011

Karnival Lipis sempena Cuti Sekolah

Tempat : Dataran Lipis

Masa : 8pagi hingga 12 malam

Tarikh : Cuti Sekolah

Pelbagai aktiviti dan pameran jualan...

Moh kita beramai-ramai memeriahkan suasana.

Wednesday, April 27, 2011

Pengundi Islam perlu tetap bersatu (Berita Harian)

Pengundi Islam perlu tetap bersatu


2011/04/28
KEPUTUSAN Pilihan Raya negeri Sarawak Ke-10 pada 16 April lalu harus diberi perhatian dan renungan realistik oleh orang Melayu dan Islam di negara ini untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Daripada 71 kerusi yang dipertandingkan itu, Barisan Nasional (BN) memenangi 55 kerusi dan pembangkang (DAP, PKR dan PAS) memenangi (termasuk Bebas) 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Daripada jumlah 55 kerusi yang dimenangi BN, ADUN Melayu/Islam memperoleh 24 kawasan. Ini bererti 42 peratus ADUN Melayu/Islam dalam sebuah negeri pelbagai kaum dan agama. Baru-baru ini lapan ADUN baru itu mengangkat sumpah pegang jawatan Kabinet baru. Daripada jumlah itu, tiga ADUN Melayu/Islam dan lima ADUN bukan Islam menjadi menteri. Dicampur dengan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, jumlah anggota Kabinet Sarawak kini ialah empat orang Islam/Melayu dan lima bukan Muslim.

Apakah pengajaran yang patut orang Melayu/Islam belajar daripada keputusan di Sarawak itu ketika menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi? Jika ditinjau trend pengundi bandar di Sarawak, ia mungkin lebih kuat lagi di Semenanjung.

Kini daripada 212 kerusi Parlimen, BN memerintah dengan kekuatan ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak. Justeru, marilah kita, orang Melayu/Islam dan Bumiputera belajar daripada keputusan pilihan raya Sarawak itu.

Kita Bumiputera dan Melayu/Islam harus bersatu mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kelak. Jika pengundi Melayu/Islam (Bumiputera) berpecah kepada pelbagai parti politik atas perbezaan ideologi, akibat buruk akan menimpa kita.
Perjuangan sesebuah parti ialah untuk bangsa, negara dan agama. Buatlah kajian antara BN dan pembangkang, iaitu PKR, DAP dan PAS yang bergabung dengan secara longgar (belum daftar).

Bolehkah kita harap mereka menjaga kepentingan Islam/Melayu lebih baik daripada BN sekarang.

Semoga perkara ini kita renungi bersama. Kita jangan lupa jasa UMNO kepada bangsa dan negara selama ini.

SAM,
Kuala Lumpur.

RPK

If the opposition is not capable of winning the elections, then that is their failure. If the voters are confused with what I say, then the opposition has failed to do a good job. And if what I say and a simple TV3 interview can cause the opposition to lose the election, then this means the opposition is so weak it does not deserve to win.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

From: Fugitive Blogger
To: Kee Thuan Chye
Date: Wednesday, April 20, 2011, 12:10 PM


He has forwarded your message about my ‘serious loss of credibility’.

*********************************************

From: Kee Thuan Chye
To: Fugitive Blogger
Date: Mon, 25 Apr 2011 08:14:33 -0700 (PDT)


I was hoping you would be responding to it through this e-mail. A lot of people have been asking me if you have done a U-turn and I cannot answer them. Not even after the reports of your "clearing the air".

The people who used to support you are confused. And they don't seem convinced by your explanations. Some of them are really saddened by it all.

**********************************************

From: Fugitive Blogger
To: Kee Thuan Chye
Date: Monday, April 25, 2011, 5:24 PM


Define 'U-turn'.

**********************************************

From: Kee Thuan Chye
To: Fugitive Blogger
Date: Tue, 26 Apr 2011 05:40:25 -0700 (PDT)


I don't want to get into a semantic argument over this. It is what people who followed you have said to me. They feel let down. They think you have done Najib and Rosmah a favour. And what you said helped the BN cause, especially the negative things about Anwar. One just SMSed me to say he's lost confidence in you. I can't convince them otherwise. I don't know how you can win them back.

**********************************************

From: Fugitive Blogger
To: Kee Thuan Chye
Date: Tuesday, April 26, 2011, 12:50 PM


I'm not going to bother to 'win anyone back'. I am not trying to win a popularity contest. I am not running for office or contesting the elections. If they are unhappy with me that’s their problem, not mine.

What, these people are paying for my food or what? I'm employed by them that I must take orders from them or what? No one owns me. I do what I want. They don't like it, tough.

Do I sound arrogant? I hope so. Arrogance is my middle name. Kamunting can tell you that. Sungai Buloh Prison can tell you that. Bukit Aman can tell you that. They hate my guts and that makes my day.

***********************************************

From: Kee Thuan Chye
To: Fugitive Blogger
Date: Tue, 26 Apr 2011 06:22:11 -0700 (PDT)


Yeah, but your voice is needed to bring about the change at the next GE. And they need to believe you when they hear you. They need you to provide leadership in opinion. They're feeling lost now.

***********************************************
From: Fugitive Blogger
To: Kee Thuan Chye
Date: Wed, 27 Apr 2011 01:15:27 +0000


I thought that this was a job for the political parties. My job is to tell the truth. It’s the political parties who have to win the elections, not me.

The opposition does not need and does not desire 'my voice’, as you have put it. They just need me to help them win the elections, by hook or by crook.

That is not my job. If the opposition is not capable of winning the elections, then that is their failure. If the voters are confused with what I say, then the opposition has failed to do a good job. And if what I say and a simple TV3 interview can cause the opposition to lose the election, then this means the opposition is so weak it does not deserve to win.

Sunday, April 17, 2011

S’wak to get RM5bil for rural development

ASAJAYA: The Government has allocated RM5bil for development projects in Sarawak under the Rural Basic Infrastructure (RBI) NKRA, said Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. He said most of the projects involved the supply of electricity, water and construction of roads as part of the Government's effort to improve the quality of life of the people in the state. Shafie said that the Government had never marginalised rural folks, pointing out that the development projects are mostly located in rural areas. He added that the Government had also provided an allocation of RM13,500 per hectare of land for those interested in the rubber and oil palm replanting project. Shafie said this during the launch of the Rural Areas Electricity Supply project in Kampung Rangwan, Sadong Jaya on April 8, which was part of the GTP's RBI NKRA. Two hundred and seventy-eight houses in the village received electricity as part of the project.

Tahniah BN

Atas kemenangan di Sarawak.

Monday, February 14, 2011

Syabas sues S'gor MB Khalid and PJ Utara MP Pua

SHAH ALAM: Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim and Petaling Jaya Utara MP Tony Pua have been sued by Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Khalid told a press conference here Tuesday that he was being sued for a statement he made about the water concessionaire company's Budi Fund.

Under the fund, Syabas collected money from those willing to pay for the free water provided by the state government, for charity purposes.

Pua, who was also at the press conference, is being sued for making a statement in a Chinese newspaper that Syabas should return water rights to the state.

"Our lawyers have been instructed to prepare our defence. I will be defended by Edmund Bon while YB Tony Pua has appointed Gobind Singh Deo to represent him," Khalid said.

Both Khalid and Pua received their respective legal notices on Feb 11.

Garis Panduan Mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam

Garis Panduan
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Garis Panduan Mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

a) Maksiat dari segi bahasa bermakna derhaka dan maksiat dari segi istilah ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah dan Rasul atau meninggalkan suruhan Allah dan Rasulnya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.

b) Jenis-jenis maksiat :

i. Maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintahNya dan melakukan laranganNya.

ii. Maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar, maksiat terhadap harta awam.

c) Maksiat dalam apa jua bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat.

Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa bersetuju
mengambil keputusan seperti berikut :

a) Bersetuju menerima kertas Garis Panduan Mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam untuk dijadikan panduan kepada orang ramai di negara ini.

Saturday, February 12, 2011

Sambutan Hari Kekasih tidak sesuai diraikan umat Islam

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan bahawa sambutan Hari Kekasih tidak sesuai untuk diraikan oleh umat Islam.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Hari Kekasih adalah keraian yang mempunyai kaitan dengan agama Kristian yang memiliki sejarahnya tersendiri dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah pun membuat penjelasan sewajarnya.

‘‘Mungkin untuk agama lain, ia sesuai tetapi bagi Islam, ia tidak bersesuaian. Saya harap ini dapat difahami oleh semua kerana ini bukanlah perkara baru.

‘‘Penjelasan telah dibuat oleh Jakim. Namun begitu, kalau agama lain sudah biasa mengamalkan (meraikan), itu hak mereka. Kristian atau kaum lain hendak rai, itu hak mereka.

‘‘Kepada umat Islam pula, kita beri nasihat dan ia tidak sesuai (diraikan),’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau perkhidmatan bas dan sistem aliran ringan (LRT) kendalian Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL), syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas mengenai nasihat Jakim terhadap umat Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat.

Nasihat oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz antara lain menyebut menyambut Hari Kekasih bukanlah budaya masyarakat Islam malah ia wajar dijauhi kerana khuatir akan membawa kepada perbuatan tidak bermoral.

Muhyiddin memberitahu, ketika Islam menasihatkan umatnya tidak meraikan Hari Kekasih, beliau mengharapkan agar ia tidak menimbulkan rasa curiga di kalangan orang lain.

‘‘Kita tidak rendah-rendahkan Valentine (Hari Kekasih). Ia tradisi tetapi di sudut agama Islam, ini tidak sesuai,’’ katanya.

Beliau kemudiannya menegur segelintir pihak yang mahu melaksanakan pelbagai tindakan pencegahan termasuk melakukan pemeriksaan terhadap pasangan pada malam 14 Februari ini.

‘‘Bagi Islam, kita tekankan soal nasihat. Dalam menangani isu ini, janganlah sampai kita menyentuh perasaan mana-mana kaum. Jangan over (berlebih-lebihan) sehingga boleh timbulkan rasa marah dan benci,’’ katanya.

Friday, February 11, 2011

Fan Page


http://www.facebook.com/pages/Yb-Dato-Shahrum-Osman/169435906436473

Sila Like...

Jumaat - 4,281 rakyat Malaysia di Mesir sudah kembali

Sehingga ini seramai 4,281 rakyat Malaysia telah berjaya dibawa pulang dari Mesir, termasuk 451 orang yang tiba di KLIA dengan penerbangan Malaysia Airlines MH8031 pada 2.20 pagi tadi.

Seramai 268 warga Malaysia dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura dengan menaiki penerbangan Saudi Airlines SV 838 pada pukul 3.30 petang ini, menurut jurucakap Kementerian Luar kepada Bernama Jumaat.

Beliau berkata pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi adalah kerana syarikat penerbangan itu tidak mempunyai perkhidmatan ke Malaysia.

"Bas yang disediakan untuk membawa rakyat Malaysia dari Changi akan berhenti di perhentian bas di Larkin, Johor, Melaka Central, Seremban dan Universiti Putra Malaysia di Serdang" katanya.

Seramai 100 orang lagi rakyat Malaysia dibawa pulang dengan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia yang mendarat di Pangkalan TUDM di Subang pada 3 petang ini.

Kerajaan melancarkan Ops Piramid untuk membawa rakyat Malaysia, kebanyakannya pelajar disebabkan keadaan yang meruncing di Mesir – 11/2/2011




Mubarak letak jawatan, rakyat Mesir berpesta

Mubarak letak jawatan, rakyat Mesir berpesta
12/02/2011 3:20am


KAHERAH 12 Feb. - Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya apabila meletakkan jawatan yang diumumkan oleh naib presidennya, Omar Suleiman dalam televisyen negara itu malam tadi.

“Mengambil kira ketegangan yang berlaku, presiden mengambil keputusan meletak jawatannya sebagai presiden dan Majlis Tertinggi Tentera akan mengambilalih pentadbiran negara,” kata Omar ketika mengumumkannya dalam televisyen.

Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tharir dan yang mengadakan tunjuk perasaan diseluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut.

Mubarak, 82, yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Di Tunis, rakyat Tunisia turut berpesta meraikan perletakkan jawatan Mubarak selepas empat minggu mereka menggulingkan Zine El Abidine Ben Ali dari tampuk pemerintahan dengan menari dan membunyikan hon kenderaan sepanjang jalan.

Sebelum itu, satu sumber memberitahu AFP, setiausaha agung parti pemerintah Mesir, Parti Demokratik yang baru dilantik oleh Mubarak, Hossam Badrawi meletakkan jawatan. - AFP

Perasaan menyerah kalah tidak pernah terlintas - PM

Perasaan menyerah kalah tidak pernah terlintas - PM

Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL







Perasaan menyerah kalah tidak pernah terlintas di fikiran kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) ekoran perubahan lanskap politik pada Pilihanraya Umum (PRU) 2008. Sebaliknya BN telah berubah, lebih matang dan menyesuaikan diri, malah makin bersemangat mencatat kejayaan lebih besar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.



“Perkataan menyerah kalah tak pernah terlintas dalam fikiran kerana kami hanya memikirkan masa depan Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dan Taklimat Akta Agensi Inovasi Malaysia anjuran Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di SRJK Cina di Sungai Way, Jumaat.



Perdana Menteri berkata, untuk menjamin masa depan yang lebih baik, rakyat Malaysia tidak harus menoleh ke belakang. “Untuk menjamin masa depan yang lebih baik, kita harus mula berfikir dengan cara yang berbeza, bak kata pujangga Cina, “sekiranya kita tidak mengubah haluan, kita akan berada di tempat yang kita tidak inginkan,” katanya.



Perdana Menteri seterusnya mengingatkan rakyat, terutama ibubapa dan golongan ahli perniagaan supaya tidak memperjudikan masa depan mereka, sebaliknya berganding bahu dengannya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang paling berjaya di rantau ini.



“Saya faham, ibubapa mahukan sistem pendidikan yang lebih baik di mana siswazah daripada universiti tempatan akan menjadi rebutan sebaik tamat pengajian. Saya adalah Perdana Menteri anda. Tetapi saya juga seorang ayah. Saya berkongsi impian dan harapan anda,” katanya.



Najib berkata kerajaan tidak mahu membazirkan golongan bijak pandai dan sedang berusaha untuk memastikan golongan ini kekal di tanahair dan berkhidmat kepada negara.



“Apa yang saya ingin capai adalah sesuatu yang besar dan saya ingin mengajak anda dalam kembara ini. Perjalanannya mungkin jauh, tetapi marilah kita bersama-sama mengharunginya. Ini bukanlah masa untuk membuat eksperimen dan memperjudikan masa depan anda. Saya pasti anda faham apa maksud saya. Golongan ahli perniagaan biasanya pragmatik dan tajam akal,” katanya.





Dalam ucapannya juga, beliau mengingatkan sektor IKS bersaing secara bijak dan strategik dalam perniagaan. “Untuk berjaya dalam lanskap ekonomi yang berubah, kita tidak boleh terus bersikap seperti “ business as usual . Malah, kita kita harus mengambil pendekatan, “business unusual .” Kita tidak boleh bertahan jika kita sekadar bersaing di segi harga. Cara paling bijak ialah dengan mengubah kebiasaan. Kita kena bersaing dengan cara tersendiri yang sukar ditandingi orang lain.



“Kita mesti melakukan pembaharuan, antaranya meningkatkan nilai produk dan perkhidmatan dengan menambahkan ciri tertentu atau mengurangkan ciri itu. Bunyinya mungkin pelik tetapi sekiranya dilakukan secara strategik, pengguna pasti bersedia membayar lebih,” katanya.



Najib mengambil contoh Apple i-Pad yang tidak mempunyai keyboard dan tetikus, lebih mahal daripada komputer riba tetapi orang sanggup membayar harga yang mahal kerana ia memudahkan pengguna.



“Pelanggan atau pengguna sanggup membayar lebih apabila ketidakselesaan dikurangkan. Contohnya menukar sistem kereta daripada manual kepada automatik. Sistem gear automatik mungkin mahal sedikit daripada manual tetapi pembeli kereta sangup membayar kerana ia memudahkan mereka.”



Najib turut menggesa golongan ahli perniagaan terutama IKS supaya menggunakan teknologi sebagai komponen penting dalam produk dan perkhidmatan mereka.



“Jika kita tidak memperbetulkan situasi ini, sementara dunia pantas bergerak ke depan, kita pula ketinggalan di belakang," katanya.





Najib berkata, mungkin ada di antara golongan IKS yang merasakan mereka terpaksa mengambil teknologi dari luar yang mengakibatkan kos yang mahal padahal teknologi yang ada di dalam negara kita, ada yang lebih baik.



Sehubungan itu, katanya penubuhan UNIK di bawah Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk mengatasi isu ini. UNIK akan mengenalpasti dan mendapatkan teknologi yang dihasilkan anak tempatan supaya dapat dimanfaatkan oleh negara. -11/02/11

Sultan Johor murka tindakan sembahyang dua imam semasa PRK Tenang

Sultan Johor Sultan Ibrahim murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan lepas.

Perbuatan tersebut, titah baginda amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini telah membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah perkara seperti itu harus dihentikan agar tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.

"Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa," titah baginda selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hadi Kampung Makam, di Kota Tinggi Jumaat.

Bernama melaporkan baginda sebelum itu merasmikan masjid tersebut yang bernilai RM2.1 juta dan siap pada Julai 2007. Hadir sama Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Nooh Gadot dan exco-exco kerajaan negeri.

Dalam titah itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan umat Islam di Johor agar tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik atau tempat memecah-belahkan masyarakat.

Baginda seterusnya menitahkan pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian.

Pada masa yang sama, Sultan Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak pengurusan masjid semata-mata.

Baginda juga tidak mahu pihak pengurusan masjid menambah atau membina bangunan baru sesuka hati di kawasan masjid melainkan dengan kebenaran dan kelulusan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) terlebih dahulu.

Titah baginda langkah itu bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan pembangunan yang tidak sistematik. – 11/2/2011

Makan Malam di Kg Perlak








Karnival JPAM Daerah Lipis ditunda.

Ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak.





Perasmian Kursus Asas JPAM Lipis

Thursday, February 10, 2011

Polis Bantuan Untuk Kerajaan Negeri?


Gestapo Pakatan Haram! selepas ini sesiapa yang cuba untuk mendedahkan kerakusan mereka akan dipijak seperti peniga kecil yg hanya nak cari nafkah. Memang ini direct descendants of Ching Peng punya ditactor. Suatu petunjuk dahsyat dan memerintah seperti Komunis tulen. Lihatlah wahai rakyat Malaysia. Apa mereka akan buat jika anda beri mereka undi. Mereka baru diberi beberapa Kerajaan Negeri, kecoh macam nak pecah Negeri2 tu. Macam2 isu sampai pening kita melihatnya. 


Harapan dan masa depan anak cucu kita jangan digadai, marilah semua. Tekadkan hati dan berjanjilah jangan diberi undi walau 1 kepada mereka ini. Ayuh kita tamatkan kezaliman mereka kepada peniaga kecil, pelajar, warga emas, penjawat awam dan seluruh rakyat Negeri2 terbabit.


Kepada pengundi ingatlah apa yang tangan anda pangkah itulah Amanah yang akan ditanya kembali oleh anak cucu anda nanti.  


 So, VOTE BN ONLY.


Wednesday, February 9, 2011

Kempen Keselamatan Jalanraya


Rileks dan Santai lebih elok

Kenapa Wanita Merajuk
SIKAP lelaki yang dikatakan tidak peka dengan kehendak dan keperluan wanita dikenal pasti antara punca yang boleh menimbulkan ketegangan dalam perhubungan, sekali gus boleh membawa kepada putusnya hubungan sekiranya tiada percubaan untuk meleraikan kekusutan yang timbul.
Perbezaaan pendapat juga secara tidak langsung boleh menimbulkan salah faham terutama dalam perhubungan yang terjalin.
Wanita sering dikaitkan dengan unsur sensitiviti yang berkaitan dengan emosi. Pelbagai tanggapan diberikan terhadap wanita di atas sikap dan perlakuan wanita yang dilihat secara kasarnya begitu sensitif dan emosional dalam menangani isu yang berkaitan..
Disebabkan kawalan emosi yang kurang stabil dan lemah itulah menyebabkan wanita banyak dikaitkan dengan elemen kelemahan seperti bersikap suka marah-marah, manja tak kena tempat, suka menangis tidak tentu pasal, naik angin hingga berangin orang sekelilingnya, suka sakit hati, rajuk hati, kecil hati hingga sikap ini membuat wanita menjeruk hati dan makan hati.
Sikap sebegitu dilihat satu kelemahan bagi wanita kerana mereka dikatakan tidak rasional dan kurang fokus terhadap masalah yang dihadapinya. Malah, wanita dilihat tidak berupaya untuk menjalankan kerja yang lebih berat khususnya mengetuai sesuatu jabatan atau pasukan disebabkan kawalan emosi yang lemah dalam menangani sesuatu permasalahan.
Satu kajian yang dijalankan mendapati kebanyakan lelaki berpendapat isu seperti tidak mengingati tarikh istimewa khususnya hari jadi teman wanita dan ulang tahun adalah perkara remeh sedangkan wanita menganggap peristiwa berkenaan sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup mereka.
Kajian itu adalah untuk mengetahui persepsi responden terhadap aspek merajuk dan apa tindakan dalam mengatasi sikap merajuk yang dianggap boleh menyebabkan keruntuhan sesuatu perhubungan.
Begitupun, tidak kira apapun tanggapan negatif terhadap turun naik emosi wanita itu yang menyebabkan mereka sering bertindak di luar kawalan, wanita itu sendiri ada alasan tersendiri terhadap setiap sikap itu.
Dalam kajian yang dijalankan terhadap lebih 100 responden berusia antara 25 tahun hingga 47 tahun itu, didapati jawapan responden wanita hanya difokuskan kepada aspek kekeluargaan dan sikap pasangan mereka, dan tidak ditumpukan pada aspek rakan serta kerjaya meskipun soalan dikemukakan tidak tertumpu kepada perhubungan tertentu.
Ada responden wanita yang menyatakan mereka mudah berkecil hati apabila teman lelaki atau suami mereka tidak memuji masakannya atau memuji wanita lain di hadapan mereka.
Dalam hubungan itu, berdasarkan pemerhatian lelaki akan cuba memujuk wanita berkenaan, tetapi apa yang menjadi masalah apabila pada satu peringkat lelaki mulai bosan dengan sikap yang dianggap keterlaluan itu.
Jenuhlah teman lelaki atau suami wanita itu menggunakan pelbagai strategi untuk memujuk hingga menimbulkan kebosanan untuk terus memujuk jika apa juga yang dilakukan tidak diendahkan oleh wanita yang begitu kuat rajuknya itu. Sampai pada satu peringkat, akan kedengaran lelaki yang sudah bosan dengan rajuk wanita dan membiarkan sikapnya.
Malah, dalam kajian yang dilakukan itu ada responden lelaki yang mengatakan wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir. Ini secara tidak langsung menunjukkan jika pada peringkat itu wanita masih bersikap sebegitu, perhubungan yang dijalin mungkin akan sampai ke tahap noktah.
Berdasarkan pelbagai jawapan yang diberikan responden lelaki itu bolehlah dijadikan panduan dan sempadan kepada wanita bahawa merajuk yang keterlaluan akan mendatangkan kebosanan pada pihak lelaki. Janganlah menjadikan merajuk itu sebagai senjata dalam sesuatu perhubungan, tetapi jadikan merajuk itu sebagai satu imej untuk menunjukkan pada suami atau teman lelaki bahawa ada masa dan ketikanya tindakan mereka itu salah dan perlukan satu perubahan bagi membentuk perhubungan yang lebih baik.
Hasilan kajian itu diringkaskan seperti berikut:
Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)
1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.
14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.
16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.
17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri
21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.
Mengapa wanita suka merajuk?
(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).
1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.
2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.
6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.
10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.
12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.
13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.
17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

Friday, February 4, 2011

Perangai Jelik

Sudahlah tak bantu apa-apa. Solat hajat pun malas. Yang dia tahu berdemo tak ada faedah. Lepas tu ada ke patut dia buat
fitnah dan cerita dongeng pula. Konon pelajar kita kena bayar tambang kapal terbang. Percuma ok....

Semoga semua rakyat Malaysia dapat pulang ke tanahair dengan selamat.

Wednesday, February 2, 2011

Pembangunan Pahang Barat tiada titik noktahnya

Oleh YUSRI SAHAT dan HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

KIRA-KIRA sebulan lagi, tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya.

Tahun 2010 sebenarnya memberi erti yang cukup besar bagi pentadbiran kerajaan negeri terutama dalam usaha pembasmian kemiskinan di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Usaha kerajaan negeri menghapuskan kemiskinan demi memberi keselesaan penduduk luar bandar merupakan antara agenda utama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tahun ini.

Sepanjang tempoh itu, kerajaan negeri memberi tumpuan khusus terhadap projek luar bandar bagi menjana pembangunan modal insan, membuka peluang ekonomi baru dan mengukuhkan institusi sosial.

Dalam usaha membangunkan modal insan, kerajaan negeri 'melabur' jutaan ringgit dalam bidang pendidikan dan latihan kemahiran, pembangunan usahawan, pemantapan kepimpinan dan pemerkasaan belia.

Tidak dapat dinafikan bahawa sepanjang RMK-9, usaha melahirkan individu cemerlang, keluarga bahagia dan masyarakat beridentiti menerusi keseimbangan pendapatan dalam agihan kek ekonomi negeri berjaya direalisasikan sepenuhnya.

Dalam tempoh sama juga, kerajaan negeri terus memberi tumpuan terhadap pembangunan di kawasan Pahang Barat yang dikatakan agak ketinggalan berbanding Pahang Timur.

Antara kawasan yang menjadi fokus kerajaan negeri ialah di daerah Jerantut dan Kuala Lipis yang agak jauh dari pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kuantan.

Langkah murni kerajaan negeri untuk memajukan kawasan terbabit menjelang 2016 amat bermakna untuk meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan penduduknya.

Dari segi bilangan penduduk miskin tegar di kawasan terbabit, kerajaan negeri berjaya mengatasi masalah itu apabila bilangan mereka menurun kepada 30 keluarga pada tahun ini berbanding 126 keluarga lima tahun lalu.

Antara tumpuan pembangunan kerajaan negeri di kawasan Pahang Barat membabitkan perkampungan Melayu tradisional di persisiran Sungai Tembeling di Jerantut yang dimajukan berasaskan agro pelancongan.

Kawasan perkampungan berkenaan dianggap berpotensi dibangunkan kerana masih banyak tanah terbiar boleh dimajukan untuk projek pertanian komersial bagi meningkatkan pendapatan penduduk.

Lima perkampungan yang berpotensi dimajukan berasaskan agro pelancongan ialah Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantai, Kampung Gusai dan Kampung Mat Daling.

Kesemua kampung berkenaan hanya boleh dihubungi dengan bot menyusuri Sungai Tembeling sejauh 120 kilometer yang mengambil masa antara empat hingga lima jam perjalanan.

Namun, kesulitan itu mungkin berakhir dalam tempoh setahun dua lagi apabila kerajaan melaksanakan projek jalan raya bernilai RM120 juta sepanjang 90 kilometer bermula dari Kampung Tuit, Kuala Tahan ke Kampung Mat Daling bermula Jun lalu.

Menyedari kawasan Hulu Tembeling amat berpotensi dimajukan dalam aspek pelancongan, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) mewujudkan pusat inap desa di Kampung Pagi dengan peruntukan sebanyak RM380,000 baru-baru ini.

Projek inap desa itu membabitkan pembinaan beberapa pusat penginapan bernilai RM180,000 di samping empat unit kedai PKNP bernilai RM200,000 yang dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi.

Kampung Pagi dipilih sebagai pusat inap desa berikutan lokasinya yang strategik berdekatan Taman Negara yang menjadi persinggahan bot pelancong.

Bagi memacu sektor pelancongan berasaskan akuakultur, Jabatan Perikanan mewujudkan pusat santuari ikan air tawar di Sungai Pengau, Jerantut berasaskan 'Sistem Tagal' sebagaimana dilaksanakan di Sabah.

Santuari yang bermula dari Jeram Panjang hingga ke Lubuk Katak, Sungai Tembeling itu merupakan antara zon pemuliharaan spesies air tawar untuk tujuan pelancongan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Bagi tujuan itu, Jabatan Perikanan baru-baru ini melepaskan sebanyak 200,000 benih ikan temoleh, kelah, jelawat, patin, lampam dan lawang di santuari Sungai Tembeling, Sungai Sepia dan Sungai Gembir di Hulu Tembeling.

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan juga dibahagikan kepada dua zon pembangunan iaitu berasaskan pertanian membabitkan Tembeling Tengah manakala Hulu Tembeling menjadi pusat pertumbuhan pelancongan berasaskan alam sekitar.

Taman Negara yang memang dikenali sebagai destinasi pelancongan antarabangsa akan terus berperanan sebagai pusat tarikan pelancong apabila kerajaan negeri akan menaik taraf beberapa kemudahan asas dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Sungai Tembeling yang bersejarah dan menjadi laluan perdagangan ahli perniagaan China dan Siam ke Melaka pada abad ke-13 akan dipantau dari aspek kebersihan dan keindahannya.

Sebagai langkah awal, beberapa unit premis, laluan pejalan kaki, pintu gerbang dan landskap di hadapan tebingan Sungai Tembeling siap dibina dengan kos bernilai RM200,000 di bawah projek Majlis Daerah Jerantut.

Bagi zon Tembeling Tengah pula, beberapa kawasan seperti Labu, Merting, Gol dan Pasir Sia dikenal pasti berpotensi dimajukan untuk projek pertanian.

Dalam pada itu, kerajaan negeri dijangka memajukan semula pusat pelancongan Jeram Perahu di Hulu Tembeling yang suatu ketika memang terkenal di kalangan pelancong tempatan sekitar 1990-an.

Menyedari bahawa segala usaha itu tidak akan mampu dilaksanakan tanpa bantuan modal insan, kerajaan negeri mengambil inisiatif membina Advances Technology College (ADTEC) dan Kolej Komuniti yang dijadual beroperasi tahun depan.

Kedua-dua kolej itu menawarkan kursus khas kepada golongan belia dari Pahang Barat untuk mengikuti pengajian teknikal dan pengurusan sejajar dengan keperluan dalam sektor pertanian dan pelancongan di kawasan terbabit.

Demikianlah antara usaha gigih kerajaan negeri di bawah teraju Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam membangunkan kawasan Pahang Barat supaya tidak terus ketinggalan dalam arus pembangunan.

'Kehilangan'' dua agensi pembangunan, Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) yang dimansuhkan pada lewat 1990-an tidak mematahkan semangat kerajaan negeri untuk terus membangunkan kawasan pedalaman Pahang yang mempunyai prospek ekonomi yang tinggi.

Masyarakat Tradisi Pahang.




Jeti Kuala Lipis


Seperti juga masyarakat melayu semenanjung Tanah Melayu penduduk tradisi negeri Pahang hidup disepanjnag aliran sungai Pahang yang merupakan sungai yang terpanjang di Semenanjung. Pemerintah iaitu Sultan tinggal di Kuala dimana ia mendirikan kota raja yang dikenal dengan nama Pekan. Dari situ pemerintah dapat mengawaisi perdaganggan keluar masuk hasil negeri. Pada masa itu Pekan sebagai tempat pertemuan berbagai golongan penduduk ianya membentuk satu kampong yang besar yang terdiri dari kampong Melayu, Cina dan Arab.


Daerah utama yang ramai penduduk dialiran sungai Pahang adalah Pulau Tawar, Semantan, Lipis, Jelai, Triang, Chenor dan Bahagian Sungai Tembeling. Hubungan antara negeri Sembilan, Selangor dan Johor lebih akrab berbanding dengna negeri Perak, Kelantan dan Terengganu yang susah untuk ditembusi disebabkan perbatasan yang bergunung. Walaupun begitu jalan perhubungan ini tidak asing bagi penduduk tempatan kerana perhubungan laut tidak selalu dapat diadakan. Seorang penjelajah Eropah Von Mikluho-Maclay pernah melalui jalan darat ke kelantan pada tahun 1875, selepas itu barulah Cilfford mempergunakan jalan darat ini dalam pengejarannya menangkap pemberontak Pahang yang melarikan diri ke arah utara.


Orang Melayu Pahang berumah dipinggir sungai, rumah mempunyai tiang bentuk kediaman di kawasan perarian dan juga berfungsi sebagai pelindung dari binatang buas dimalam hari. Mereka berkerja sebagai penanam padi dan pencari ikan air tawar untuk makanan saradiri. Masa itu belum terdapat orang melayu pendalaman terlibat dengan perniagaan, mereka merupakan golongan yang sangat hormat dan taat kepada pembesar seperti Penghulu, Ketua Kampung. Mengikut tulisan W.B Robert pada tahun 1896 orang melayu hanya tinggal sementara waktu sahaja di suatu tempat untuk berkerja apabila sudah dapat wang mereka akan segera pulang kekampung masing-masing.


Penduduk Melayu Pahang terdiri dari penduduk Melayu asli dan keturunan immigran-immigran Indonesia atau hasil percampuran dengan ras lain yang kemudian mengidentifikasikan sebagai orang melayu. Penduduk dipendalaman di kawasan ramai penduduk seperti Pulau Tawar, Semantan, Chenor, Jelai dan Lipis mempunyai kebanggaan dengan menyusur asal usul keturunan mereka sampai ke Indonesia. Kebanyakan adalah keturunan immirgran Minangkabau dan Rawa. Penambahan orang cina ke Pahang apabila system residen diperkenalkan. Statistic menunjungkan pada tahun 1891 hanya 3241 orang cina berada di negeri Pahang.


Pada masa itu sungai pahang merupakan nadi perdagangan. Melalui sungai ini pemerintah seperti Sultan, pengguasa tempatan mendapat hasil melalui cukai. Barang dagangan seperti Minyak kerosin, Tembakau garam, candu, kain, lampu dan barang eksport seperti emas, timah, hasi hutan dan ternakan. Barang dagangan mesti melalui kuala jika terdapat barang melalui Ulu maka penguasa tempatan akan melakukan penyitaran dan penangkapan. Melalui paper Maharaja Perba Jelai pada 23 April 1888 jelas menunjukan Orang Kaya Maharaja Perba Jelai, orang Kaya Setia Wangsa Lipis dan Imam perang Indera Gajah Pahang mempunyai kuasa untuk menjaga, memeriksa, menangkap dan menawan mereka yang membawa barang dari Ulu.


Dalam catatan Clifford 3 Ogos 1887 orang Pahang mengagongkan nilai kepahlawanan keberanian untuk berperang dan jika lelaki Pahang keluar rumah mesti membawa senjata menghunus dipingang berlain dengan masyarakat Terengganu yang dikatakan suka damai, cerdas, dan suka belajar. Menurutnya lagi, kegemaran masyarakat masa itu suka berjudi, menyabung ayam, menghisap candu, dan sebagainya.


Pertanian merupakan kegiatan yang penting tetapi bukan untuk mencari keuntungan kerana ia tidak mampu untuk dieksport kecuali hasil hutan yang dikumpul dari alam semulajadi. Hasil seperti beras hanya mampu memenuhi keperluaan dalam negeri sesetengah di datang khas dari Kelantan. Sistem tali air sudah ada tetapi masih tidak produktif untuk digunakan. Samb….


Rujuk


Jang Aisjah Muttalib : Pemberontak Pahang 1891 -1895

Mesir bergolak

Tiga pesawat TUDM berlepas ke Mesir 12 tengah hari tadi.
Pemindahan akan dilakukan.

Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas ke Mesir tengah hari tadi bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu.


Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.

"Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi," kataya ketika dihubungi Bernama.

Tuesday, February 1, 2011

Selamat bergembira di Tahun Baru Cina








Rakyat kita Insyallah selamat




PM umum kerajaan bawa balik semua pelajar dari Mesir guna kapal TLDM, MAS dan AirAsia... Ketegangan yang berterusan di Mesir menyebabkan kerajaan pada Selasa malam memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari republik itu menerusi jalan laut dan udara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail."Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir," katanya. Keadaan di Mesir tegang berikutan lebih 2 juta rakyat negara itu keluar ke jalan raya mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan

Apa itu GCC : Sumber Wikipedia


The Cooperation Council for the Arab States of the Gulf (CCASG; Arabic: مجلس التعاون لدول الخليج العربية‎), also known as the Gulf Cooperation Council (GCC; مجلس التعاون الخليجي), is a political and economic union involving six Arab states of the Persian Gulf with many economic and social objectives.

Created on May 25, 1981, the 630-million-acre (2,500,000 km2) Council comprises the Persian Gulf states of Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Saudi Arabia and the United Arab Emirates. The unified economic agreement between the countries of the Gulf Cooperation Council was signed on November 11, 1981 in Abu Dhabi. These countries are often referred to as The GCC States.
Not all of the countries neighbouring the Persian Gulf are members of the council; Iran and Iraq are currently excluded, although both nations have a coastline on the Gulf. The associate membership of Iraq in certain GCC-related institutions was discontinued after the invasion of Kuwait.[2] The GCC States have announced that they support the Document of The International Compact with Iraq that was adopted at Sharm El-Sheikh on 4–5 May 2007. It calls for regional economic integration with the neighboring states but there is no prospect of Iraqi accession to the GCC.[3]
Yemen is (currently[update]) in negotiations for GCC membership, and hopes to join by 2016.[4] The GCC has already approved Yemen's accession to the GCC Standardization Authority, Gulf Organization for Industrial Consultancy, GCC Auditing and Accounting Authority, Gulf Radio and TV Authority, The GCC Council of Health Ministers, The GCC Education and Training Bureau, The GCC Council of Labour & and Social Affairs Ministers, and The Gulf Cup Football Tournament. The Council issued directives that all the necessary legal measures be taken so that Yemen would have the same rights and obligations of GCC member states in those institutions.[5] There is, however, some resistance to full Yemeni membership amongst most GCC states, due to the country's poverty, different system of government, and the legality of qat in the country.
The GCC Patent Office was approved in 1992 and established soon after.[6]
A GCC common market was launched on January 1, 2008.[7] The common market grants national treatment to all GCC firms and citizens in any other GCC country, and in doing so removes all barriers to cross country investment and services trade. A customs union was declared in 2003, but practical implementation has lagged behind. Indeed, shortly afterwards, Bahrain concluded a separate Free Trade Agreement with the USA, in effect cutting through the GCC's agreement, and causing much friction.
The GCC members and Yemen are also members of the Greater Arab Free Trade Area (GAFTA). However, this is unlikely to significantly affect the agenda of the GCC as it has a more aggressive timetable than GAFTA and is seeking greater integration.
Kuwait, Saudi Arabia, Bahrain and Qatar on December 15, 2009 announced the creation of a Monetary Council, a step toward establishing a shared currency. The board of the council, which will set a timetable for establishing a joint central bank and choose a currency regime, will meet for the first time on March 30, 2010. Kuwaiti Foreign Minister Sheikh Mohammed Sabah al-Salem al- Sabah said on December 8, 2009 that a single currency may take up to 10 years to establish. The original target was in 2010. Oman and the UAE later announced their withdrawal of the proposed currency until further notice.

Among the stated objectives are:

formulating similar regulations in various fields such as economy, finance, trade, customs, tourism, legislation, and administration;
fostering scientific and technical progress in industry, mining, agriculture, water and animal resources;
establishing scientific research centers;
setting up joint ventures;
unified military presence The Peninsula Shield
encouraging cooperation of the private sector;
strengthening ties between their peoples; and
establishing a common currency by 2010

Terima Kasih Bloggers BN


Jasa dan sumbangan anda amat dihargai. Semoga anda diberikan kekuatan dan semangat yang berterusan untuk meneruskan perjuangan ini.

Perjuangan ini bukan untuk UMNO @ BN tapi ianya untuk masa depan negara kita Malaysia. Masa depan anak cucu kita.

Anda semua adalah manusia-manusia yang bangkit untuk berjuang, pasti anak cucu Tuan-Tuan akan bangga dengan Tuan-Tuan.

Papa GOMO, Parpukari, Unspinners dan Rakan-Rakan (BN Bloggers) saya doakan anda semua Sihat Wal Afiat, Dimurahkan Rezeki dan Sentiasa DiBeri Petunjuk oleh Allah SWT.

Hari Terbuka Pusat Jalur Lebar Komuniti Bukit Kerani


Saturday, January 15, 2011

Wednesday, October 27, 2010

Makluman Kerja Luar Negara

YB Dato Shahrum bin Osman ke Korea untuk mengikuti THE 6TH WORLD SCOUT PARLIMENTARY UNION GENERAL DI SEOUL dari 1-4/11

AMARAN

PERHATIAN: Borang rumah Mesra Rakyat tidak dikenakan bayaran. Tiada bayaran untuk proses borang. Tiada bayaran untuk kelulusan. Tiada bayaran permulaan untuk kerja pembinaan. Jika ada individu yang mengaku sebagai kakitangan SPNB atau kakitangan Pejabat Wakil Rakyat yang meminta bayaran.

Sila laporkan kepada pihak Polis dengan segera.

Monday, October 18, 2010

Perhimpunan Agung UMNO 2010

Selamat bersidang kepada perwakilan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dari seluruh Tanahair.

Tuesday, October 12, 2010

Info futsal

Pertandingan Futsal 1Malaysia Parlimen Lipis.

Kategori Lelaki dan Wanita. 16 dan 17 Oktober.

Di Gelanggang Penjom.

Borang Penyertaan boleh didapati di Pejabat Parlimen Lipis, Pejabat Belia dan Kedai Amran. Yuran Percuma (duit komitmen rm50 akan dipulangkan pada hari pertandingan).

Hubungi Pejabat Belia untuk keterangan lanjut.

Hadiah lumayan.

Monday, October 11, 2010

Futsal Parlimen Lipis

Pertandingan Futsal 1Malaysia Parlimen Lipis.

16 dan 17hb 10. Di Gelangang Penjom.

Kategori Lelaki dan Wanita.
Umur 15 dan ke atas.

Borang Penyertaan boleh didapati di Pejabat Parlimen dan Pejabat Belia Lipis.

Wednesday, September 22, 2010

Rumah Tebuka MP Lipis

Tarikh Baru Rumah Terbuka Ahli Parlimen Lipis.

Tarikh : 1hb Oktober 2010.

Masa : 3.00 petang hingga 6.00 petang

Tempat : Dewan Residen

Tuesday, September 21, 2010

RUMAH TERBUKA SK KERAMBIT DAN JKKK

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI ANJURAN BERSAMA SK KERAMBIT, PIBG SK KERAMBIT, JKKK KG KERAMBIT, JKKK KG LENTANG, JKKK KG TG BULUH, JKKK KG RELAI, JKKK KG PUTU.

30/09/2010.

JAM 11.30PAGI-2.30 PTG.

DI SK KERAMBIT.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

SPONSORED BY YB DATO SHAHRUM & YB FONG

Friday, September 17, 2010

Thursday, September 16, 2010

Rumah Terbuka MP Lipis di Kg Mela


Jumaat 17.09.10 (Jadual YB Dato Shahrum)

Perjumpaan dengan Belia Kg Ulu Teris

Masa : 5 petang

Tempat : Kg Ulu Teris

Friday, August 13, 2010

Carta Oranisasi Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Lipis

YB Dato Dr Mohamad Shahrum bin Osman
AHLI PARLIMEN LIPIS


En Yusri bin Osman
PEGAWAI KHAS


Cikgu Zaharuddin bin Dato Abdullah
SETIAUSAHA


Mohd Hamidi bin Adnan
KERANI

Noriha binti Samat
KERANI

Tuesday, August 10, 2010

PUASA MENURUT SYARAK

Menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh.Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

NIAT DAN LAFAZ NIAT DI BULAN PUASATidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam Bahasa Melayu, Allah itu sifatnya Maha Mengetahui. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى( Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala )

Lafaz lengkap:نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى( Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala )Lafaz setiap malam.

Niat ringkas:نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى( Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala )BILA

MASA PERLU KITA BERNIAT PUASA
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Sebenarnya kita dibolehkan berniat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

BILA MASA PUASA DIHARAMKAN1. Hari Syak pada hari 30 Syaaban2. Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal3. Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah4. Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah5. Perempuan dalam keadaan haid & Nifas6. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya7. Orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa8. Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWTSEDIKIT SEBANYAK

MENGENAI PUASA YANG WAJIB DI KETAHUI
Syarat wajib puasa Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
1. Berakal/waras
2. Baligh (cukup umur)
3. Mampu/tidak uzur.Syarat sah puasa Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:1. Orang Islam2. Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
3. Suci daripada haid dan nifas
4. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.

Rukun puasa Rukun puasa ada dua, iaitu:
1. Berniat pada malam harinya
2. Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasaPerkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:
1. Makan sahur serta melambatkannya
2. Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
3. Menjamu orang-orang berbuka puasa
4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

Perkara yang membatalkan puasa
1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
4. Keluar darah haid atau nifas
5. Gila (hilang akal)
6. Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
7. Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
8. Murtad (keluar dari Islam)
9. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Tingkatan PuasaImam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
3. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan.Kerugian bagi yang meninggalkan puasa RamadhanPahala puasa di bulan Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya.Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

HIKMAH BULAN PUASA DI BULAN RAMADHAN
1. Tanda bersyukur kepada Allah Taala atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga.
2. Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah Taala.
3. Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
4. Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
5. Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.FADHILAT PUASA DI BULAN RAMADHANPuasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala menunaikan ibadah ini cukup dan teramat besar nilainya.

Ceramah Israk Mikraj di Kg Tualang Padang


Majlis Hari keluarga Masjid dan KAFA Kg.Sama


Karnival Kg.Budu dan Program Anak Angkat UITM


Monday, August 9, 2010

Ramadhan Al Mubarak

Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam dalam Parlimen Lipis dan rakyat Malaysia amnya.

Semoga puasa tahun ini akan ditunaikan dengan lebih sempurna.